Thursday, October 8, 2009

SAHABAT

Tahun ini saya sekali lagi terlupa akan tarikh ulang tahun kelahiran sahabat baik saya..Saya pernah terlupa beberapa tahun yang lepas..


Sahabat saya ini sebaliknya belum pernah melupakan tarikh ulang tahun kelahiran saya..(Antara kelebihan yang beliau ada: mengingati tarikh-tarikh penting yang berlaku pada persahabatan kami dan juga mengingati tarikh lahir sahabat-sahabat yang lain...)


Saya rasa bersalah petang tadi kerana tiba-tiba saya teringat yang saya sudah begitu jauh meninggalkan tarikh ulang tahun sahabat saya ini...25.09.09...erk, maafkan saya sahabat..sungguh-sungguh minta maaf...


Moga sahabat saya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki..dan dikekalkan tempoh persahabatan kami hingga salah seorang dari kami nanti menutup mata...





Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran kepada sahabat tercinta Nurul Izza Ghazali (kiri).
Err..memperkenalkan juga sahabat saya, Izyan Rafidah Ismail (kanan)..


P/S: Zaza, aku mintak mahap la sesangat ek...HAPPY BELATED BIRTHDAY..




Tuesday, October 6, 2009

RAMADHAN & SYAWAL


Pejam celik pejam celik, dah nak masuk 18 Syawal..terasa sangat tidak sempurna amalan ketika di bulan Ramadhan lalu..
Masuk bulan Ramadhan, kandungan saya ketika itu sudah menjangkau 9 bulan..maka, perut sudah terasa besar sangat. Nak bangun pun terasa payah. Nak pegi kerja, naik tangga yang sikit tu pun dah penat..Balik kerja, lagi la rasa macam lempeng aje..Itupun Alhamdulillah buleh berpuasa sehingga hari melahirkan Adam. Ada la lebih kurang seminggu lebih aje..Solat terawih tak dapat tunaikan dengan sempurna mungkin sebab faktor-faktor fizikal yang tidak mengizinkan.. qiyamullail pun tak dapat dibuat...


Moga-moga saya ditemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang..dengan azam untuk melakukan amalan sebaik yang mungkin. Insya Allah.


ADAM & SAYA


Hari ni saya tido bangun, tido bangun saja..sudah beberapa hari demam. Termasuk malam ini, sudah dua klinik saya terjah untuk dapatkan ubat..


Kesian Adam, dan kesian juga saya sebab tak dapat duduk dekat-dekat dengan Adam..bimbang pula kalau berjangkit nanti..
Saya masih buleh mengadu sakit kepala atau tak sedap badan..Adam? Macam mana dia nak bagitau?


Adam tido awal malam ni..(sekarang dah 11.06 mlm)..pukul 8.30 mlm tadi dia dah tido. Badan dia agak suam-suam..Risau juga saya..Harap-harap Adam akan ok esok..


Bila saya tengok Adam, saya kagum dengan kuasa Allah atas apa yang dijadikanNya..


Adam ada dalam perut saya selama lebih kurang 39 minggu..
Adam adalah seorang bayi yang comel dan sihat..


Saya juga bersyukur kerana:


Adam bayi yang baik..jarang menangis. Adam hanya akan menangis apabila nak susu dan pampers penuh (kencing atau berak) saja..Kalau menangis pun tak lama...


Harap-harap Adam akan sentiasa baik macam tu..





Mmmuah Adam..




Monday, October 5, 2009

HARI NI


Hari ni bangun awal..masih terasa ada demam lagi. selsema pun ada lagi sikit. ntah nape la demam tak hilang lagi. ubat dah habis..tinggal nak complete kan antibiotik aje lagi..kalau lama-lama sangat demam nanti, kesian kat Adam plak..takut jangkit kat dia..dah la Adam ni cinonet je lagi...
Lepas makan ubat, bukak email..tapi email dari ayah Adam belum ada..tengahari sikit la kot..masa nak bukak email, ada SMS dari ayah Adam..tanya khabar..***happy*** (lamanya lagi ayah Adam nak balik sini...huhu)


PANTANG


Hari ni hari ke-33 hari dalam pantang..Menjalani rutin seharian yang sama (rutin orang berpantang)..cuma tak dapat nak menyusukan Adam dengan susu badan sebab takut berjangkit demam..Dalam cuti pantang pun, kadang-kadang ofis call..kalau tengah free memang saya jawab. **sigh** kalau call dari Ellyna, rakan sekerja saya (yang ganti tempat saya skrg ni) memang saya akan jawab. kesian dia sebab berserabut dengan keja saya yang dia gantikan tu. unless, kalau saya kat klinik atau hospital, memang saya tak jawab. Soorryy..(",)..


KERJA


Kalau ikutkan, kita ni tak pernah puas dengan kerja kita. Saya jumpa ramai orang yang tak puas pasal kerja mereka. Ada mengomel pasal banyak kerja la, gaji tak cukup la, bos garang la, bla..bla..tapi rupa-rupanya, kita harus amat bersyukur kerana kita mempunyai pekerjaan. Di luar sana, masih ramai orang yang menganggur, tak ada kerja..
Sikit sangat bilangan orang yang saya jumpa yang mana mereka berpuashati dan gembira dengan pekerjaan mereka. They like their jobs! Kata mereka, tak kisah berapa pulangan atau bayarannya, asalkan hati gembira melakukan kerja itu..contohnya, guru. Ada guru yang memang minat mengajar, tak kisah walaupun mengadakan kelas percuma. Begitu juga ada peguam yang suka pegi court, buat kes..walaupun tak dibayar untuk kes itu..


Masya Alalh..saya juga kadang-kadang merungut dengan kerja saya..Kerja banyak bertimbun-timbun..senarai kes yang masih belum selesai..sering mengomel itu-ini tentang kerja..
Sebenarnya saya lupa yang kerja yang sebegini lah yang saya idamkan dulu..(tak perlu disenaraikan ciri-ciri tentang kerja ini)..bila dah dapat, mengomel pula..


Saya pernah jadi peguam, lebih kurang setahun lebih saja..taklah menyeronokkan sangat bagi saya.eheh..biasa saja..kemudian saya jadi pensyarah di sebuah kolej swasta..saya dapati ianya agak menarik. cuma pening dengan kerenah student pula..(tengok, mengomel lagi..) selepas dalam sebulan saja mengajar, saya dipanggil untuk menyertai kerja saya sekarang ini..


Selain itu, saya kadang-kadang sibuk membandingkan diri dengan rakan-rakan lain yang kerja mereka lebih best (pada pandangan saya la)..dan gaji mereka lebih best juga..
tapi, dari sudut lain, saya terfikir yang ustaz kata, setelah mendapat kemewahan dunia, makin kita mahu mengejar kemewahan itu..
gaji yang mahal dan besar buleh membawa kepada bahagia kah?


Tak juga rasanya...


“Kalau nak bahagia, miskin boleh bahagia, kaya pun boleh bahagia. Syaratnya, kena bersyukur kepada Allah”


So, tak semestinya ada kerja besar, gaji besar atau kereta besar, kita buleh bahagia kan? Tapi kalau ada semua tu, Alhamdulillah...hidup memang akan bertambah senang..Saya dan suami tidak lah hidup mewah..masih diperingkat sedang berusaha untuk kehidupan yang lebih baik. Apatah lagi baru saja menimang cahayamata..


Selepas saya mengomel-ngomel setiap hari pasal kerja ini, saya kemudiannya mengucap syukur kerana saya masih lagi terpilih oleh Allah untuk mempunyai pekerjaan. Saya sudah memperolehi status tetap. See? Masih mahu mengomel lagi? Bawak-bawak lah bersyukur...Alhamdulillah..



Sunday, October 4, 2009

KASIH AYAH




Ayah pandai ke pegang Adam tu? eheh...


Adam dengan Umi rindulah kat ayah..


KONVO

Pagi tadi dah ambik robe untuk konvo sabtu ni..
Pantang belum habis pun lagi..hari ni hari ke-31..hehe..dah kuar rumah pegi uia ambik robe plak..
Masa konvo nanti pun belum habis pantang jugak..hari ke-38 sabtu nih..
Mula-mula malas nak pegi konvo ni sebab kawan-kawan rapat takde..nak bawak Adam pun dia kecik sangat lagi..Ayah Adam plak takde kat Malaysia nih..Sape je ade? Abah je la kot. Mama kang nak jaga Adam..


Walau apapun, tima kasih pada abah yang sudi bawak pegi uia tadi untuk ambik robe..
Nasib baik kaunter postgraduate tak ramai..kaunter lain tu, Masya Allah, ramainya orang.. 


Kalau ikutkan, anak teruna saya si Adam tu pun patut konvo..eheh..
Sebabnya, masa ngandungkan dia, saya masih study semester dua (last sem la tu)..
Seksa juga masa tu..ngandung lagi, nak gi kelas lagi..bukan dekat..Temerloh-Gombak tiap hari sabtu..
Masa nak exam lagi la pulak..dibuatnya ada alahan gatal pulak kat tangan and kaki..tapi nasib baik masa dalam exam hall tu tak ada plak masalah gatal tu. Cuma masa nak study untuk exam tu, terpaksa la banyak sabar sebab memang gatal sangat kulit rasanya masa tuh...


Banyak lagi cabaran lain untuk habiskan course nih..walaubagaimanapun, tahniah juga pada Adam sebab sama-sama berjaya menghabiskan course ni bersama umi..(",)..nanti kita amik gambar sama-sama ok..


Pada semua bakal graduan UIA dan rakan sekelas saya, "TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA".