Hari ni dah 12 haribulan..Maknanya, dalam kalendar islam pun,12 Ramadhan 1429..Hari kedua belas berpuasa..
Corat-coret bulan puasa tahun ini:
terpaksa bukak puasa sorang-sorang..Ada la dalam dua hari je berbuka dengan suami. Dengan family langsung belum..Kat umah saorang-sorang je la. Kalau ada majlis, baru berbuka kat luar. Petang ni ada satu majlis berbuka puasa kat kuarters satu jabatan. Tapi rasanya malas nak pegi sebab tak ramai pegawai perempuan yang ada. Memang ada tapi saya mesti kena duduk satu meja dengan VIP sebab wakil ketua jabatan. So, mesti ramai pegawai-pegawai lelaki.. Pendek cerita, malas la..leceh..buakak puasa kat rumah lagi best..- fikir menu tiap-tiap hari nak makan ape. termasuk semalam, dah tiga hari makan nasi kerabu biru tu..dah bosan la pulak rasanya..petang ni makan ape pulak ye....Kalau dok sorang je, memang malas la nak masak. nak masak pun sikit aje..lelah je yang banyak nanti...
- mula-mula pegi semayang terawih kat masjid dalam taman tu..masjid tu buat 20 rakaat..panas pun ye jugak kat situ sebab orang ramai..dah tu, masa nak balik, keta kena block dengan banyak motor-motor..So, cari alternatif lain iaitu pegi surau taman satu lagi.hehe..surau tu buat 8 rakaat je..tempat parking pun luas..
- jiran-jiran baik-baik belaka..especially jiran umah sebelah kanan tu..asyik bagi makanan je untuk berbuka..mee goreng, laksa, mihun goreng, nasi goreng...naik malu jugak la dibuatnya..ni tengah fikir nak balas bekas dia nak letak ape dalam tu..buat bubur jagung la kot esok..
Kepada seluruh umat islam..Muslimin dan muslimat..SELAMAT BERPUASA...