Hari ni dah 16 Ramadhan. Alhamdulillah.
Esok dah Jumaat. Alhamdulillah.
Tak sabar esok malam untuk pulang ke Shah alam bertemu Adam. Asyik dengar suara Adam dalam telefon aje..Suara dia yang menggambarkan dia dah semakin nakal. Haish.
Tapi esok ada kes. (alahai...)
Bulan-bulan puasa ni, kering tekak rasanya kalau buat kes. (haha..alasan..)
Checklist untuk raya:
Baju Raya : Tak payah banyak2..dua pasang aje. Ayah Adam pun. Cuma Adam je la lebih sikit. Ada tiga pasang baju melayu. Satu Umi bagi, satu ibu beli, satu lagi Tok Abah beli. Wah..banyaknya. Baju lain ada dalam tiga-empat. Seluar pun lebih kurang tu jugak. Alah, budak kecik memang kena banyak baju. Lain la kita orang tua ni.
Biskut Raya : Pantang nampak sedap nak beli. Tapi masih under control agar tak membazir sangat. Ekonomi pun tak berapa bagus ni. Hehe.. So, sempat la 'tunjuk' beberapa bekas kat kedai tu untuk dibawa balik ke dua buah rumah (rumah Shah Alam and Terengganu) and ada la dua tiga bekas aje kat rumah sendiri. (Nasib la sape datang umah aku raya ni..)
Duit Raya : Belum tukar duit lagi. Masih berkira-kira tentang pembahagian duit raya tahun ni. Kira bajet sekali. Harap-harap cukup la bajet.
Cuti Raya : Dah apply last week. Apply untuk 9hb, and 13hb hingga 17hb. Cukup la kot ek?
Ayah Adam 17hb dah keja. Apa daa...
Lain-lain checklist untuk Ramadhan plak..
Terawih : Checked. Setakat ni belum tinggal lagi.
Tadarus/al-Quran : Setakat ni, dah nak masuk habiskan 9 surah. Aiseh, sikit je ni. Perlu cepatkan lagi. Ni dah 16 Ramadhan..Haish. Orang lain dah nak masuk 16 surah dah. (Polisi satu surah satu hari.)
Berbuka/sahur : Setakat ni hanya ada sehari dua yang beli kat bazar. Lepas ni (next week) tak tau la nak cakap.
Ok, sekian untuk update Ramadhan / persediaan Syawal.
Selamat Berbuka Puasa.