Wednesday, July 25, 2007

Our Friendship..


This morning I got a SMS from my dear Izyan...

She wrote :

"The most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart.."


Then, I would say this:


Sometimes life falls like petal off a flower..
Meaning sometimes its sweet while others its sour..
Never take for granted, the good times you've had..
Never look down ever when times are bad..
Just trust in these memories to see you through..
And trust in the friendship between me and you.

Yan, Friendship is forever...

Baby..

My Auntie ask me to find a name for her coming baby..Mungkin baby boy katanya. So, semalam pegi MPH untuk cari buku nama-nama bayi muslim. Katanya nak pangkal huruf 'A' pada nama depan dan huruf 'H' untuk nama belakangnya..

Ada beberapa calon nama, antaranya: Amir - Yang Dipercayai, Alif - Yang Rapat, Hariz - Pemelihara, Hazim - Yang Tegas, Hakim - Bijaksana, Hanif - Yang Lurus, Haziq - Cerdik, Haris - Pelindung....Ada banyak nama lagi, tak tahu nak pilih yang mana sebab semua nama best-best..

Memilih nama untuk anak amat penting, sebab dalam kehidupan seharian, orang sekeliling akan hari-hari menyebut namanya..Di sekolah misalnya, cikgu akan sebut nama kita, kawan-kawan kita lagi...Maksudnya, perlu ada makna yang baik untuk setiap nama itu. Dengan makna nama itu lah, semoga kita membesar melalui pembentukan peribadi yang seiring dengan makna nama kita itu. Insya Allah, mudah-mudahan begitulah...

Tuesday, July 24, 2007

Jauh..


Semakin terpisah, kita jadi semakin gagah..

Semakin jauh, kasih kita semakin kukuh..

Jauh itu dekat..!

Nota: Rindu tunang... (^_^)

Hal-hal Dunia..


Semalam kepala rasa berat..mungkin sebab dah dua hari kena hujan..Mungkin juga sebab memikirkan banyak hal..banyak urusan kehidupan sehingga menyebabkan saraf-saraf otak bekerja keras nak memikirkan hal itu hal ini...

Tapi, sebagaimana Allah s.w.t berfirman :
"....dan janganlah kamu takut kepada mereka, melainkan hendaklah kamu takut kepadaKu." (Al Baqarah: Ayat 150)
Kesimpulan ayat ini, kita selalu tumpukan perasaan takut dan bimbang kita kepada dunia sedangkan perasaan takut dan bimbang kepada allah dan akhirat tidak seberapa. Kita bimbang akan kegagalan, kehilangan dan kerosakan. Kita juga bimbang akan masa depan, Secara ringkasnya, kita takut menghadapi cabaran dan krisis hidup. Segala peristiwa dan kejadian yang sedang berlaku atau akan berlaku kesemuanya telah diatur dan ditentukan sebaiknya oleh Allah demi kebaikan dan peringatan untuk diri kita sendiri..

Jadi, apa perlu bimbang lagi? Pening kepala sikit-sikit tu biasa la kan? Semua orang pun banyak masalah..Tak gitu? Senyum sikit...(",)

Monday, July 23, 2007

Bila Bersamamu..






Peluang meluangkan masa dgn Mr. Right adalah satu anugerah tak terhingga..Mr. Right berkunjung ke sini sewaktu hujung minggu yg lalu. Jalan-jalan, makan-makan, gelak-gelak dalam MPH baca koleksi Lat..

Bila Mr. Right pulang ke selatan, rindu mula bertandang di hati..hari demi hari.. Itu perasaan normal ke? (",)...

Mula bertanya pada Mr. Right : Bila nak datang lagi?...Eheh...

Ukhuwah..



Teruja dengan kata-kata Imam al-Ghazali yang mulia:

“Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan
seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya..”

Ku harapkan mekar di hati
Agar perhubungan suci ini
Kan terus mantap menjadi syafaat
Terukir indah
Di pintu Jannah!

Senyum..

Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling banyak senyum kecuali tiga tempat:

* Apabila baginda sedang menerima wahyu
* Apabila menyebut tentang kiamat
* Apabila sedang berpidato memberi
pengajaran

Kekadang baginda ketawa sehingga nampak gigi gerahamnya..


Gambar Hiasan: My favourite photo - My Mr. Right is smiling..

Sunday, July 22, 2007

2007...


Hanya sebagai perkenalan..Beberapa detik kegembiraan yang berlaku dalam tahun 2007...


Diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara Kuala Lumpur..Dari kiri: En. Akmal (Master) dan Sebelah kanan tu En Razali, Mover utk majlis hari tu...




Ahli keluarga yang memeriahkan majlis pada hari berkenaan..Abah, Mama, Ani, Ayah haji, Umi, Uncle Rahman, Ayah Chik , Ciksu...




Menamatkan pengajian dalam Diploma Syariah Legal and Practice (UIAM) - Bergambar kat depan opis Law Centre lepas habis exam paper hari last..Paper Harta Pesaka susah gila nak jawab..nasib baik dapat B+..Eheh... (Insya Allah, Konvokesyen bakal berlangsung pada Ogos nanti..)




Majilis Pertunangan - 04.06.07





Saat cincin disarungkan ke jari abg oleh abah tersayang..Eheh..Cutenya.. (Gambar sarung cincin versi perempuan tak payah tunjuk lah, hehe...)





Bersama hero-hero mama dan abah..Saya seorang saja puteri dalam keluarga..(",)


Alhamdulillah atas apa yang dikurniakan sepanjang tahun ini...semoga murah rezeki, dan panjang umur utk menerima segala rahmat yang akan datang..Insya Allah..