Friday, July 25, 2008

Detik Baru Dalam Kehidupan..

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku


Majlis perkahwinan saya sekitar bulan Mei/Jun yang lalu berlalu dengan begitu sederhana dan meriah sekali..di kelilingi oleh sanak saudara yang jauh dan dekat, sahabat handai serta sahabat karib yang begitu banyak memberi sokongan..Sama ada sokongan berbentuk kewangan, tenaga, masa dan moral..terima kasih pada mama dan abah yang sememangnya banyak menyumbang dari segi kewangan dan tenaga..adik-adik serta makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekalian..(umi, ciksu, ayah chik dan lain-lain..) mama yang bertungkus lumus untuk memastikan orkid-orkid segar menghiasi meja makan tetamu, abah mengalu-alukan kedatangan jemputan yang jauh dan dekat..ayah haji yang memastikan lauk pauk cukup untuk hadirin..dan pelbagai lagi bentuk bantuan yang diberikan secara langsung atau tak langsung dari kalian..

Tima kasih juga pada my lovely iza dan yan..nora, maz serta syuk (yang kini saya terpaksa memanggilnya maksu, sebab saya kawin dengan anak sedara dia..eheh)..


Tak sangka menerima kunjungan dari sahabat-sahabat kelas LLM UIA..tima kasih pada my dear Kak Ina, Teoh, Gun, Afnani, Meor...


Ada yang tak dapat datang tapi kirim 'Ang Pau' and hadiah...(bestnya..)

Ada yang tak dapat datang tapi menelefon untuk kemaafan..Ada yang datang dari jauh..Kawan-kawan abah dari Johor, Singapore...


Pendek kata, majlis saya amat sederhana tetapi cukup untuk memuaskan hati abah dan mama..kerana ini bukan majlis saya, tetapi majlis untuk mereka. Kerana anak perempuan mereka hanya seorang sahaja..Selepas ini, tiada lagi majlis akad nikah di rumah mereka. Dan inilah kali pertama dan terakhir abah menggongcang tangan seorang lelaki yang bergelar menantunya..

Harapan saya, semoga saya berbahagia di samping suami yang dikasihi..