Wednesday, August 8, 2007

Rindu..

Sabtu yang lepas, lepas habis je kelas, terus lompat naik bas balik JB..Ada keje sikit kat court sana..
Isu kali ni ialah..Masa itu emas.. Macam tu lah perumpamaannya..
Masa untuk berjumpa keluarga (bagi orang yang duduk jauh dgn keluarga macam saya ni), rasa macam jumpa emas je..
Apatah lagi bila jumpa dengan tunang tersayang..pun rasa macam jumpa emas, tak pun intan berlian..(",)...
Bila balik sini balik, belum pun bas tu tutup pintu, rindu dah menerjah di ruang hati..rindu nak makan mama masak, rindu nak bermalas-malasan atas sofa sambil tengok tv, rindu nak makan mee rebus dengan tunang..Macam-macam jenis rindu ada..

Rindu macam mana pun, terpaksa jugak balik sini..(^_^)..nak buat macam mana....huwaaa.....

Long Call..

Semalam, my very best friend telah selamat di "long call' kat High Court Kuantan..Maaf byk2 sebab tak dapat hadir di hari bersejarah itu sebab baru balik dari JB and ada banyak keje kat ofis. Tak dapat ambik cuti..Walaubagaimanapun, diucapkan selamat mengharungi kehidupan yg lebih mencabar dan semoga berjaya dalam bidang yg diceburi..

Terasa masih baru lagi bersama-sama dalam kelas LL.B dulu..walaupun tak sama kelas masa LL.B (Hons), tapi kita tetap satu rumah..dan permulaannya satu bilik masa matrikulasi tahun 2000 dulu..(ko selalu bangun awal, pahtu kejut aku plak..) Ko selalu payungkan aku bila time hujan..(sebab ko kata aku pendek, tak buleh pegang payung..), kita selalu kutuk dining hall hostel bila lauk utk dinner tak sedap..selalu malas nak pegi aktiviti-aktiviti kolej yg kadang-kadang ntah ape-ape tuh..macam-macam kenangan masa study dulu kan? Last but not least... Zaza, ko ingat tak masa kita suddenly ponteng kelas Pn. Mariam tu? Kih..kih..

NURUL IZZA GHAZALI
SELAMAT DIDAFTARAIKAN SEBAGAI PEGUAMCARA & PEGUAMBELA

Photo: With my beloved Zaza..

P/S: Kalau ada kes kat Kuantan, tolong MOB bleh? Eheh..(",)