MY ADAM - PART 1
Esok umur Adam dah seminggu..
Pada minggu yang lepas, start 1hb tu dah rasa sakit-sakit perut..tapi contraction tu datang sekejap-sekejap aje..so, saya ignore dulu..
2hb pun rasa sakit-sakit juga..tapi malam tu siap buleh tido nyenyak lagi..
Masa subuh 3hb tu dah rasa contraction setiap 15 minit sekali..beg dah siap packing. Lepas mandi, makan nasi. Tak puasa dah la..konon untuk dapat tenaga sikit kalau jadi bersalin nanti..dalam pukul 10.00am, pegi DEMC..kebetulan abah cuti hari tu..so, pegi DEMC dengan abah and mama..
Sampai sana, nurse kata tukar baju hospital and kita buat CTG untuk check pergerakan baby and jantung dia..also detect the degree of contraction..
Nurse kata contraction masih rendah lagi tapi dia akan check bukaan..check punya check, nurse kata dah buka 4cm..then, doctor kata dah buleh proceed..tunggu masuk labour room aje lah..
Saya terus call suami, minta dia balik segera..
Sementara tu, contraction datang setiap 15 minit. Sakitlah sangat. Masa tu dalam pukul 11.30am. Nurse datang bawak lunch. haha..Menunya Nasi Ayam..makan sikit aje lah untuk ambik tenaga nanti..
Pukul 12.00pm, nurse datang lagi. Dia kata nak pecahkan air ketuban. Ok, sila lah..Sakit Ya Rabbi masa tu..Tiba-tiba nurse kata, "Eh!, baby dah berak la..".
La sudah..kalau baby dah berak dalam perut, sah-sah kena operate! Nurse pegi panggil doktor. Doktor pun datang and check..kata doktor, baby memang dah berak dalam perut, so untuk mengelakkan dia lemas, operation memang kena jalankan.
Nurse datang bawak surat untuk saya sign..terketar-ketar saya sign surat kebenaran untuk operation tu..dahi dah berpeluh-peluh..dalam kepala macam-macam pikir..terutama sekali pasal keselamatan baby dan pasal suami saya. Dah sah-sah suami saya tak sempat sampai pada ketika operation nanti..
Segalanya berlaku dengan pantas. Saya tak sempat menelefon suami untuk beritahu pasal operation. Apatah lagi untuk minta maaf dari dia sebelum masuk bilik operation..
Lebih kurang pukul 1.15pm, saya masuk bilik operation. Sebenarnya banyak benda bermain di fikiran tapi tak sempat sebenarnya nak memikirkan apa-apa..fikiran lebih tertumpu pada keselamatan baby dengan harapan dia akan baik-baik saja..
Lepas doktor bius kat bahagian belakang, bahagian pinggang ke bawah dah mula rasa kebas. Kat hospital ni katanya, doktor memang tak kasi option untuk bius penuh atau half..lagipun sebenarnya, kalau bius penuh masa operate untuk bersalin, katanya bahaya. Lebih baik half bius..
Tepat jam 2.oopm, doktor berjaya keluarkan baby..Alhamdulillah baby selamat kata doktor. Masa doktor sedang buat jahitan kat perut, nurse datang tunjuk baby pada saya..Mata baby berkelip-kelip tengok saya..and it's a boy! Terharu rasanya bila first time tengok baby sendiri..Itulah Adam..Further observation akan dibuat oleh Pakar Kanak-Kanak kat situ terhadap baby sebab nak pastikan baby betul-betul ok..
Lepas keluar dari bilik operation, saya ditempatkan di Observation Room selama lebih kurang 6 jam sebelum ditempatkan di bilik wad. Tujuannya untuk pastikan condition kita stabil..
Jam lebih kurang 6.00pm lebih baru suami saya sampai..Its ok. Jalan pun jam, dia pun dari jauh..Tak kisah la, asalkan sampai sudah..Lagipun semuanya dah selamat.
Pukul 10.00pm baru saya naik ke bilik wad. Masa tu ubat bius dah hilang. So, very painful kat tempat jahit..memang tak buleh nak tido malam tu..
The next day, masih lagi di wad..doktor suruh bangun and start jalan-jalan untuk ke bilik air dan sebagainya. Kalau baring lama-lama nanti, sakit belakang pula..Dalam 8.00pm, nurse datang bawak Adam. Masa tu Adam nyenyak sangat tido. Comel sungguh dia..Adam tido nyenyak sangat sampai tengahari. Memang dia tak bangun pun untuk saya berikan susu badan..Pukul 1.00pm, nurse datang balik untuk bawa dia ke Nursery..rupanya lepas tu, saya tak buleh pegang Adam lagi..
Petang tu Adam demam..so, tak boleh bawa dia naik ke bilik saya. Malam tu pun Adam demam lagi..the next morning, doktor cakap Adam memang demam and maybe it is because of the infection masa lahir hari tu (Adam kan dah berak dalam perut)..Antibiotic will be given..but, to be finished in 5 days..maknanya once antibiotik diberi pada Adam, Adam kena stay kat hospital for 5 days...Kesian sangat pada Adam..
On Saturday, saya dah boleh discharged. Hati rasa sungguh berat sebab Adam kena tinggal kat hospital. After packing, jam 1.00pm saya bersiap untuk balik ke rumah. Masa turun dari wad, saya singgah di Nursery untuk melawat Adam. Masa tu Adam dah kena warded, di asingkan dengan bayi-bayi yang lain. Sedihnya hati sebab tak boleh bawa Adam pulang bersama..
By the way, terima kasih pada sahabat-sahabat yang datang menjenguk saya di DEMC. Syuk and Adik datang on Friday. Zaza, Yan and Nora datang on Saturday before I was discharged..Tima kasih atas hadiah-hadiah comel untuk Adam..Syuk and Adik sempat tengok Adam kat Nursery..tapi Zaza, Yan and Nora tak dapat tengok langsung Adam sebab masa tu Adam dah kena warded. Kesian pada Zaza and Yan yang jauh datang dari Kuantan tapi tak dapat jumpa Adam. Next time ya Auntie Zaza and Auntie Yan tengok Adam..