Last week saya tiada di daerah ini..Last week adalah minggu yang sangat best..
19hb Jun
Bertolak ke Shah Alam. Saya dengan Adam saja. Naik kereta bersama mama and abah. Ayah Adam tinggal. haha..
20hb Jun
4.00 petang-bertolak ke I*LKAP untuk daftar asrama.
21hb - 23hb Jun
Saya berada di I*LKAP untuk berkursus. Roomate saya adalah Mages, seorang lecturer dari IPTS. Mages is a very nice person. We talked and discussed a lot about so many things. Juga sempat berkenalan dengan Sally, dari Perlis.
Tiga hari maybe cukup untuk 'berehat' sambil mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan baru. Penceramah-penceramah semua hebat and i'm so happy. (walaupun ada juga sesi yang saya sangattt mengantuk..)
24hb - 25hb Jun
Saya bercuti rehat. Melawat ibu saudara yang jatuh sakit dan bertemu Kak Long, sepupu saya yang balik bercuti dari Sibu. Juga Jasmin, anak gadis beliau yang tua sedikit saja dari Adam..she is so cute.
4.30 ptg 25hb, saya bertolak ke Kuantan untuk menghadiri majlis pertunangan sahabat baik saya, Izza.
Tiba di Kuantan jam 9.30 malam.
26hb Jun
Paginya, bertungkus lumus membuat persiapan majlis pertunangan Izza. Jam 12.30, rombongan meminang sampai.
Yan dan Nora membuat kejutan dengan hadir sama di majlis tersebut. Ingatkan saya dengan Syuk saja yang ada menemani Izza..
Kami makan banyak puding yang dibuat oleh Kak Za. haha..Nora makan sembilan bekas kot.. (saya pun..hehe)
Sudah majlis, kami beransur pulang. Oh ya, Hisham datang juga dari Johor. Beliau bertolak jam lapan pagi. Sampai dalam jam dua belas tengahari. Jadi, saya dan hisham pulang ke Shah Alam kerana Adam tinggal bersama nenek.
Sempat juga ditapau lauk oleh Kak Za. Haha..lauk pauk yang sungguh sedap.
Saya tidak mengambil sebarang gambar kerana Izza sudah mempunyai OP yang mengambil gambar-gambar beliau. Lagipun, kamera saya tiada bateri..haha..
27hb Jun
Bertolak balik ke Johor. Sungguh sedih kerana teramat selesa tinggal di rumah mama. haha..
Lepas zohor bertolak dan sampai di rumah kami dalam jam enam petang..
**Itulah antara laporan paling ringkas untuk minggu lepas. haha..