Tuesday, March 23, 2010

HIJRAH

Saya akan berhijrah. Ke suatu bandar yang lain.
Dalam tiga empat hari lagi. Minggu ini minggu terakhir saya di bandar ini.

Perasaan berbaur.
Sedih kerana saya sayangkan tempat ini, kerja ini, orang-orangnya di sini, kawan-kawan di sini..
Tetapi gembira kerana saya akan tinggal sebumbung dengan suami.

Tak apalah, semua orang berhak mendapat persekitaran baru, kawan baru, corak kerja baru..dan mungkin juga rezeki baru. Insya Allah. Siapa tahu?

Checklist saya sempena penghijrahan ini:

PEJABAT/PENTADBIRAN

1. Nota Serah Tugas - (checked)
2. Kemas pejabat (masukkan kertas/buku ke dalam kotak) - (checked)
3. Maklumkan pertukaran kepada sesiapa yang berkenaan - (checked)

RUMAH LAMA

1. Kemas barang masuk dalam kotak - (separuh dah siap, tinggal barang-
    barang besar je)
2. Selesaikan bil-bil api/air tertunggak - (checked)
3. Maklumkan kepada jiran-jiran terdekat - (on the way)

RUMAH BARU

Tengok rumah/ basuh rumah/ bayar deposit - (suami akan uruskan)

LORI SEWA

Akan bayar deposit pada 26hb. Akan angkat barang ke dalam lori pada 28hb.


Ada lagi hal-hal kecil lain yang belum selesai. Akan diselesaikan secepat mungkin...