Tuesday, December 23, 2008

Tidak terlambat untuk ucapkan tahniah atas perkahwinan Mawi & Ekin..saya bukan peminat Mawi ok, cuma memberi sokongan je pada pengantin-pengantin baru untuk tahun ini..eheh..Perkahwinan saya sendiri baru menjangkau enam bulan..(",)....long way to go..! Anyway, kepada mereka-mereka yang mendirikan rumah tangga pada bulan Disember ini, Selamat Pengantin Baru!


Saya suka tengok gambar ni..comel..Ada pernah berhajat untuk ambil gambar begini masa kawin itu hari, tapi ianya memerlukan bajet yang tinggi..maka pendamkan sajalah..gambar biasa pun ok ape..(",)...





Walaupun saya bukan peminat setia mereka berdua ni, tapi..ok la...mereka cute ape!
Sedih betul hari ni..masa pegi servis keta saya nama 'Siddiq' tu, cina kedai tu kata minyak hitam sudah leaking...huhu...ni nak kena RM lagi ni..

Sebenarnya sayang sangat kat 'Siddiq' tu, cuma kadang-kadang masa dia buat perangai, mula lah rasa macam nak pegi showroom Honda ke..Toyota ke..eheh...berangan siot!


** Cita-cita tu ada la nak beli keta kat atas ni..(",)...**

** Tak pun, yang ini...Ngee...**

Monday, December 22, 2008

Tak ingat berapa haribulan dalam bulan November yang lalu, saya dan suami serta my little brother Shazani ada melawat taman pertanian di Shah Alam..Nama dulunya Taman Bukit Cerakah or something like that...nama sekarang ni lupa plak dah..hehe...tapi, after quite some time for renovation, kononnya taman ni mempunyai pembaharuan-pembaharuan yang ketara lah..tapi, saya tak dapat pastikan sangat apakah benda-benda baru tersebut disebabkan kawasannya yang tersangat luas yang membuatkan saya sukar untuk kenal pasti benda-benda baru tersebut..

Tujuan ke taman yang serba penuh dengan pokok-pokok dan tumbuhan tu adalah untuk ke Taman Iklim Sederhana Empat Musim (Rumah Empat Musim) yang sememangnya lokasi yang agak 'famaous' kat taman ni..Rumah Cuaca ni akan bertukar menjadi keempat-empat musim dalam setahun mengikut musim yang sebenar dialami seluruh dunia..

Pada hari yang kami pergi tu, waktu tu adalah musim bunga..memang sejuk kat dalam rumah cuaca tu..yang menariknya ialah dalam rumah cuaca tu, ianya dihias/ di dekorasi kan seperti musim bunga. Memang real lah! Cantik-cantik sangat bunganya..


P/S: Buat sahabat saya Iza and Yan, .." Weh, aku memang suka pegi tempat banyak pokok lah...Sila jgn kutuk aku..."

Sungguh lama tak update blog ini..err..bukan sungguh lama kot, tapi teramat lama sekali..ini adalah disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan iaitu seperti; ketiadaan laptop dan broadband di rumah sewa saya (laptop adik dah ambik..ntah buat ape ntah,main game je lebihnya..) tapi memandangkan saya adalah seorang kakak yang berwibawa (",) hehe..., maka dengan rela hatinya saya benarkan laptop itu berada dalam biliknya..so, sekarang kena cari laptop barulah nampaknya...lain-lain faktor adalah kerana tugasan harian. Desakan tugasan harian yang memaksa untuk saya tidak menatap komputer di pejabat dengan lebih lama. Kecuali untuk membayar bil-bil berkenaan melalui online, check email penting ataupun cari autoriti kes-kes yang tertentu..maka, tertunggak lah segala idea untuk di isi di dalam blog..sehingga lah dimarahi oleh Iza dan Yan kerana katanya seolah-olah saya hanya menulis blog setahun sekali ! hahaha...
Actually, banyak perkara menarik atau yang tidak menarik berlaku sejak kebelakangan ini. Atau lebih tepat sekali setelah entry saya yang lepas..(wah, lamanya jarak entry yang lepas tu!)
Apa yang dapat dikongsikan disini ialah hanya beberapa perkara sahaja..Khas untuk tatapan bebarapa rakan karib yang mengetahui kewujudan blog saya ini.. (",).....
**Sila tengok entry seterusnya..**