Friday, September 28, 2007

Kisah di Bazar Ramadhan

Ada satu hari tu, pegi bazar Ramadhan kat melawati..
Beli ayam percik yang nampak sedap tu..
Kemudian, terus berjalan ke arah kereta..
Kereta diletakkan di tempat yang agak tersorok berikutan takde parking..(gila ramai org dtg bazar Ramadhan kat Melawati tu..)
Masa nak jalan ke kereta, terasa mcm ada orang ikut dari belakang..
Makin dipercepatkan langkah, makin cepat juga orang dibelakang tu mengejar..
Perut dah kecut sebab membayangkan orang jahat yang kejar kat belakang tu..
Nak mintak tolong nanti, orang dengar ke?
Lalu, memutuskan untuk berpaling setelah mendengar suara dari belakang..
"Kak, ni duit belen beli ayam tadi..Saya panggil, akak tak dengar..."

Ceh, lupa ambik duit baki beli ayam percik tadi rupanya.. Lupa plak tadi bagi RM5, ayam tu RM4..so, balance la lagi singgittt.....
Kesian budak tu kena kejar jauh-jauh sebab nak bagi duit belen singgit nih...Eheh..

Wednesday, September 26, 2007

Laporan Ramadhan

Setelah nak dekat dua minggu berpuasa...:

a) kuih-kuih dan juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan nampak mcm sedap-sedap belaka..tapi bila beli, indah rupa dari kelazatannya..Mungkin ada sesetengah peniaga yang berniaga setahun sekali iaitu masa bulan puasa je..

b) jemaah-jemaah terawih kat surau dah tak ramai macam malam pertama terawih dulu..

c) budak-budak kat sekitar rumah dah sibuk-sibuk main bunga api dengan mercun..

d) hari-hari ntah berapa kali tengok jam..rasa office hour panjang sangat walaupun buleh balik dah pukul 4.15..

e) Semalam terlepas sahur..hari ni tengok kertas kat ofis pun macam nak makan je kertas tu...eheh...