Friday, January 9, 2009

Entry ni sepatutnya dah ditulis lama...
Suasana di sebuah restoran di Kuala Lumpur di mana tiga orang pengunjungnya ini agak kebuluran sebenarnya..


Iza macam senyum hambar je sebab air yang dia order lambat sampai..



Yan berlagak macam riang walaupun dia pun sebenarnya dah lapar tahap nak pitam..



Saya tetap senyum dengan ikhlas walaupun perut dah berkeroncong dengan hebat..(",)


Sape punya keja ni? Macam pinggan Iza je..kih..kih..kih


Banana split yang dah tak ada banana..tinggal aiskrim je..

Sabtu lalu adalah reunion kecil-kecilan saya dan kawan-kawan di Uitm..err..lebih tepatnya, ini adalah geng yang duduk kat kolej masa zaman Matrikulasi dulu (UiTM panggil asrama tu 'kolej')..Actually bukan la reunion, mungkin buleh dikatakan sebagai perjumpaan tergempar..itu pun dah pukul 6.00 petang. Sahabat kami Nur, akan ke Sarawak sebagai guru..So, perjumpaan tergempar itu adalah sebagai satu perjumpaan untuk meraikan pemergiannya ke Sarawak nanti..(Nur sudah berlepas ke Sarawak pada 5hb Jan yang lalu)..

Buat Nur, semoga tabah menghadapi segala cabaran dalam mendidik anak bangsa..

Dari kiri: Reen, Iza, Nora, Nur, Yan dan saya..

Lokasi: Playground kat Seksyen___, Shah Alam. Cuba teka? Ngee..(dah tak sempat nak cari tempat lain..)


**P/S : Salah seorang sahabat lagi yang dah balik Sarawak ialah Zulhairil..Hai, Zul..Sihat kat sana?

Thursday, January 8, 2009

Internet kat ofis saya ni nak cari pasal agaknya..

Time nak bukak 'lexisnexis' je tak dapat..asal bukak web lain, dapat pulak..

Kang saya 'merayau' dalam internet ni kang..

Tapi sebagai officer yang berdedikasi, saya malas la nak buat gitu kan..haha (sila muntah hijau skit..)

**penerangan untuk gambar di atas: sape malas keja, kita gari dia...haha

Wednesday, January 7, 2009

Lupa plak nak mengucapkan tahniah pada semua calon PMR tahun lalu yang baru mendapat keputusan minggu lepas..termasuklah my dearie brother, shazani, yang mendapat straight A's..Anyway, dia tak pegi sekolah berasrama pun..stay in the same school saja katanya..

Dua hari lepas dia tengah pening untuk pilih aliran or pilih subjek..Well, kakaknya yang satu ini menasihatkan agar ambil subjek macam kakak dulu..hehe...For record, kakaknya ini tak dapat 8A pun dulu..ngee...

Walaubagaimanapun, result saya dulu melayakkan saya untuk stay di SMS tersebut untuk ambil aliran sains..tapi, akhirnya saya keluar juga untuk belajar di sekolah menengah harian (girl school ok..) dan ambil aliran sains sosial..(Abah tak kasi saya ambil aliran sains)..Di sekolah tu, pengetua suruh saya ambil subjek Add Science (Sains Tambahan)..Padan muka saya sebab tiga orang student je yang ambik subjek tu..Patutlah abah tak bagi saya ambil aliran sains, sebab saya malas buat latihan matematik ketika itu..apatah lagi subjek Sains Tambahan adalah gabungan sains + kimia + fizik + biologi..saya hanya ambik subjek tu dua minggu saja (haha...) sebelum bertukar sekolah ke KB...


Di sekolah kat KB pula, pun saya masuk sekolah menengah harian biasa saja (sebab masa tu duduk teman nenek kat kampung)...saya terpaksa ambil subjek Add Math..Wow, macam mana lah nak hadapi subjek ni..saya cuma belajar Add Math dua bulan saja, lepas tu saya drop subjek tu secara berjemaah dengan kawan-kawan kelas yang lain..tinggal dua orang je yang ambil subjek tu..haha...


So, my little brother, you pilih la subjek ape yang suitable for you, ok...(",)

Congratulations my Shazani !

Last Monday (29/1/08), saja jalan-jalan ke Melaka ambik angin..hehe..Tak pegi mana pun cuma ke Taman Buaya, Muzium Lebah, Zoo melaka..itu aje. Malam tu pegi tengok movie kat shopping complex tak ingat nama ape ntah..nama cinema dia 'Cineplex'..(",)... Taman Mini Malaysia kitaorang tak masuk sebab macam bosan je..dalam tu ada 13 buah replika rumah yang setiap satunya mewakili setiap negeri di Malaysia. Kalau masuk dalam taman tu, ala-ala macam beraya dari rumah ke rumah la..Muzium Lebah ok tapi ada jual madu lebah je yang banyak.Takde pulak pertunjukkan orang dengan lebah..Manusia bukan main ramai lagi kat melaka tu sebab cuti sekolah kan..Sampai kat Taman Buaya tu, tak kuasa buaya-buaya tu nak layan orang ramai sangat nak tengok dia..haha..



Ni buaya betul ni..dah kena awet jadi 'penyambut tetamu' kat Taman Buaya Melaka ni...



Posing depan gua...

Posing jugak lah...



Kasi can la nak jadi cowboy kejap...

Tak nampak lebah hidup pun hari tu..semua yang dah awet..

Phewitt..


Monday, January 5, 2009

28hb Nov 2008 lalu, Pejabat Negeri saya bertugas ada membuat Persidangan Peringkat Negeri..yang best adalah sebab buleh bawak family. So, my sweet husband pun ikut sama.. Nak kata kat sana tu best tak la sangat sebab kami pegi masa hujan..dah la perjalanan mengambil masa agak lama sebab ada tanah runtuh di Ringlet. So, kena ikut laluan lain yang lebih selamat..Tak banyak sangat beli barang sebab maklum saja pegi dengan bas..tapi mungkin nasib baik tak bawak keta, sebab kalau tak, penuh la boot belakang keta tuh ! Setakat beberapa kotak teh, dua tiga bungkus sayur yang kecik, dan tak lupa..key chain yang ada macam-macam bentuk..! especially strawberry..

Takpe, mungkin lain waktu boleh melawat lagi Cameron Highlands!




Ntah ape-ape budak ni..sejuk-sejuk pun makan aiskrim..



Kasut baru..Sebenarnya nak pakai masa sukan kelab, tapi clash dengan hari pegi Cameron..So, pakai buat pegi Cameron lah..Ngee...


Dalam bas sebelum bertolak..



Masa ni bukan main ceria lagi sebab bas belum bertolak..lepas tu, masing-masing muka bosan sebab lama sangat dalam bas..



Banyaknya pokok bunga gantung...





Geram tengok bunga-bunga cantik nih...



(",)....



Besarnya cactus...

Sweet hubby belikan bantal strawberry yang cute ini setelah isterinya menghentak-hentak kaki nak bantal ni kat kedai souvenior tu...

** banyak lagi gambar tapi ini jela yang sempat upload..(",).....**



Ya Allah, kenapa malas sangat rasanya nih...padahal banyak sangat kerja nak kena buat..termasuklah untuk prepare submissions yang ada..

Arghh...dengan air-cond yang sungguh sejuk macam kutub utara ni..rasa macam nak balik ambik selimut je..


Ok lah, nak sambung keja nih...




Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi..Kita perlu bersyukur kerana kedua-dua 'versi' tahun baru ini bertukar ganti dalam masa satu minggu yang lepas..
Sila buka buku baru, dan tutup buku lama..tapi boleh carry forward perkara-perkara yang tak dapat lakukan tahun lepas ke tahun ini..
Jangan lupa untuk menambah perkara-perkara baru yang lebih positif untuk kehidupan seharian yang akan datang..
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430 & SELAMAT TAHUN BARU 2009