Thursday, October 7, 2010

Bacalah

"Keldai hanya pandai memikul al-Quran dan kitab di atas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu, tidak berminat mengambil tahu maksudnya".
(Tazkirah Tuan Guru Dato' Nik Aziz pada 30/10/2001/2 Syaaban 1422)


Sudah jarang-jarang saya memegang/baca al-Quran. Masa bulan Ramadan yang lepas, hari-hari buleh pegang dan baca. Mengapa? Sekarang sudah tiada masa kah? Kerja pejabat, kerja rumah, mengasuh anak..Hish, itu alasan yang kukuh kah?
Masya Allah..

Bila baca pula, mahu cepat-cepat tanpa ambil tahu maknanya. Bukankah saya sudah punya al-Quran dan terjemahannya sekali? Sikit punya besar al-Quran itu. Malulah kalau tak baca..

Ya Allah, berilah saya petunjuk dan dipermudahkan masa untuk membaca al-Quran mu..


Tuesday, October 5, 2010

Syawal Kian Berlalu

Hari ini sudah 26 Syawal. Beberapa hari lagi ia akan berlalu pergi. Moga dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan untuk bertemu Syawal pada tahun hadapan pula.

Our Hari raya was great. Alhamdulillah. Tapi pada hari raya ketiga, Adam demam. Disusuli dengan ruam seluruh badan pada hari raya keempat. Kasihan dia.

Lepas naik dari cuti, ibu pula yang demam. Plus batuk and selsema. Adam pun sama. Ayah saja yang ok.

Last weekend, sangat sibuk. Jiran sebelah adakan kenduri perkahwinan anak beliau. Bukan satu pasangan, tapi dua. Kembar lah katakan. Walau penat, sungguh seronok sebab pengalaman baru menolong jiran mengadakan kenduri. Sebelum ini, kenduri kahwin semuanya catering saja yang uruskan. Penat rupanya apabila memasak sendiri.

Oh, gambar raya biasa-biasa aja. Ada diletakkan di laman facebook saya. Gambar di sebelah Shah Alam tiada sebab on Hari Raya itself abah berada di wad. So, sambutan biasa-biasa saja lah.

Cuma, hari raya kelima, Pakcik Ebby Adam ambil gambar Adam di taman. Nak cuba lense camera baru katanya. Gambar selebihnya ada di fb..



Hehe..comel anak ibu..

Mmuah.