Minggu ni dah masuk 24 minggu saya membawa 'satu badan lain' dalam perut saya..ngee...dia dah asyik tendang-tendang kecil..tapi apa yang membuatkan rasa tak selesa ialah saya mempunyai alahan kulit sepanjang sebulan yang lalu..kulit jadi bintik-bintik kecil warna merah dan rasa gatal. Sehingga hari ini, rasanya dah 80% seluruh badan dah dapat alahan ini..
Rasanya sungguh..sungguh tidak selesa...waktu malam aje, kerap kali terbangun disebabkan rasa ketidakselesaan ini...Saya memang tiada masalah lain sewaktu awal mengandung dulu, cuma inilah satu-satunya masalah yang dihadapi..itu pun hanya bermula sebulan yang lalu..Lama lagikah? Doktor kata selepas bersalin akan hilanglah alahan ini..Orang-orang tua yang berpengalaman pun mengatakan perkara yang sama. Aduh, lama lagi lah tu...Namun saya tetap berharap agar lama-kelamaan, ianya akan berkurangan. Tidak akan mengganggu kerja-kerja saya di pejabat dan juga sewaktu saya menunaikan ibadah solat..
Tima kasih pada kalian yang bersimpati terhadap alahan saya ini..hehe..Suami kesayangan saya terlalu bersimpati dan selalu memberikan semangat untuk bersabar..Ibu saya menyenaraikan 'list' makanan yang tidak buleh dimakan..Sahabat saya Iza 'menyumbangkan' sebotol air zamzam untuk diminum/disapu..nenek saya dikampung mengeluarkan idea-idea yang tak pernah saya dengar sebelum ini..(",)....juga sahabat saya Izyan ada melahirkan simpati melalui sms-sms beliau..Tima kasih semua..!