Monday, October 12, 2009

Convocation 2009

Sabtu lalu konvokesyen utk postgraduate course saya..
Sidang petang agak kelam kabut sikitlah..

Trafik dalam IIUM pun jadi kalut dan tak berapa lancar..
Cuaca pun agak panas..

Orang pun ramai sangat. Jadi sesak. Jadi rimas. Jadi panas...

Kena berhenti kereta agak jauh dari dewan..kena jalan kaki. Natijahnya, jari kaki saya dah bengkak sebab selepas bersalin, ini kali pertama saya berjalan agak jauh..

Masa konvo, saya masih dalam pantang 38 hari..kih.kih..tapi pegi jugalah sebab nak merasa konvo postgraduate (",)..

Walaupun VIP-VIP dalam hidup saya tak dapat hadir..iaitu abah, mama, suami dan Adam yang comel..

So, konvo kali ni rasa macam biasa-biasa aje lah..
Tak meriah sangat..

Tapi saya cukup berbangga dan bersyukur kerana berpeluang lagi menjejakkan kaki atas stage dewan IIUM tu untuk kali kedua..(first time in 2008)..

Lepas habis konvo, member-member ajak bergambar..tapi al-maklumlah bila dah keluar dewan, bila dah jumpa family masing-masing, member-member semua dah hilang dalam lautan manusia yang ramai tu..

So, ada gambar sebelum masuk dewan aje lah..

Apa-apa pun, TAHNIAH UNTUK SEMUA GRADUAN DAN KAWAN-KAWAN!