Thursday, June 17, 2010

Usia


 
"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).


Syukur atas usia yang bertambah ini. Semoga dipanjangkan umur untuk menjadi hambaNya yang baik. Semoga diberi kesihatan yang sempurna dan iman yang cekal, dimurahkan rezeki serta kehidupan yang elok..
 
Terima kasih, Ya Allah.
 

Wednesday, June 16, 2010

Anak






Seorang datang kepada Nabi Saw dan bertanya, " Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?" Nabi Saw menjawab, "Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatimu)." (HR. Aththusi)

*******

Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”(Bukhari)


 

Tuesday, June 15, 2010

Shopping

Ada beberapa perbezaan bila pergi shopping dgn friends, parents, husband, husband + children...

With friends

Paling syok bila pegi shopping complex dengan kawan-kawan.. Lagi best kalau kawan tu pun kaki shopping jugak..haha..setakat ni, nobody can beat Izza yang memang sentiasa bersemangat bila kami ke Jusco..(Yan pun sama)..
Kalau pergi dengan mereka ini, masuk Jusco dari pagi, sampai malam pun buleh ada kat situ lagi..memang tak sedar matahari nak jatuh. Shopping, makan, semayang, shopping lagi..lagi dan lagi..
Shopping di sini tak bermaksud semestinya beli barang..maknanya, window shopping lah..tengok wayang..and kalau shopping pun maybe setakat magazine, toiletries or roti je..hahah...
Semua kedai kami masuk..belek sana, belek sini..masuk kedai lain pulak..uih, heaven betul..

With Parents

Well, masa bujang dulu, ada yang best and ada yang tak best pegi shopping dengan my parents..
Yang tak bestnya, mesti kena ikut my dad masuk kedai mana..maksudnya, kena ikut je dia pegi mana. no freedom nak masuk kedai lain alone..huh, boring nya masa tu..
Tapi..yang bestnya ialah..kalau nak sesuatu barang, bagitau elok-elok kat my dad, and he will pay it..hahaha..seronok yang amat...

With Husband (sebelum kawin)

Sebelum kawin memang la best kalau gi shopping..the husband to be akan ikut je kalau kita nak masuk kedai tu ke, kedai ni ke..nak makan situ ke, nak makan sini ke..
tengok wayang cite ape pun, kita yang pilih..

With Husband (after married)

**Sama juga macam perenggan di atas**

With Husband and Child

Yang ni lemah sikit..sekarang ni, kalau shopping dengan my two boys ni, tak dapat la nak masuk semua kedai, nak window shopping sana, window shopping sini..maklum saja la nak dukung my baby boy tu kan berat..selalu passing each other nak dukung that boy..he dont want to be in stroller..tu masalahnya..
So, bila dah berat nak dukung tu, semua benda nak kena cepat aje..beli je la benda yang perlu..
And..tak dapat la tengok wayang sekarang ni..tunggu je la keluar dvd ke ape ke..

I love shopping..no..i mean, window shopping..hehe..
Its a good theraphy for a woman kan?