Tuesday, December 23, 2008

Tidak terlambat untuk ucapkan tahniah atas perkahwinan Mawi & Ekin..saya bukan peminat Mawi ok, cuma memberi sokongan je pada pengantin-pengantin baru untuk tahun ini..eheh..Perkahwinan saya sendiri baru menjangkau enam bulan..(",)....long way to go..! Anyway, kepada mereka-mereka yang mendirikan rumah tangga pada bulan Disember ini, Selamat Pengantin Baru!


Saya suka tengok gambar ni..comel..Ada pernah berhajat untuk ambil gambar begini masa kawin itu hari, tapi ianya memerlukan bajet yang tinggi..maka pendamkan sajalah..gambar biasa pun ok ape..(",)...





Walaupun saya bukan peminat setia mereka berdua ni, tapi..ok la...mereka cute ape!
Sedih betul hari ni..masa pegi servis keta saya nama 'Siddiq' tu, cina kedai tu kata minyak hitam sudah leaking...huhu...ni nak kena RM lagi ni..

Sebenarnya sayang sangat kat 'Siddiq' tu, cuma kadang-kadang masa dia buat perangai, mula lah rasa macam nak pegi showroom Honda ke..Toyota ke..eheh...berangan siot!


** Cita-cita tu ada la nak beli keta kat atas ni..(",)...**

** Tak pun, yang ini...Ngee...**

Monday, December 22, 2008

Tak ingat berapa haribulan dalam bulan November yang lalu, saya dan suami serta my little brother Shazani ada melawat taman pertanian di Shah Alam..Nama dulunya Taman Bukit Cerakah or something like that...nama sekarang ni lupa plak dah..hehe...tapi, after quite some time for renovation, kononnya taman ni mempunyai pembaharuan-pembaharuan yang ketara lah..tapi, saya tak dapat pastikan sangat apakah benda-benda baru tersebut disebabkan kawasannya yang tersangat luas yang membuatkan saya sukar untuk kenal pasti benda-benda baru tersebut..

Tujuan ke taman yang serba penuh dengan pokok-pokok dan tumbuhan tu adalah untuk ke Taman Iklim Sederhana Empat Musim (Rumah Empat Musim) yang sememangnya lokasi yang agak 'famaous' kat taman ni..Rumah Cuaca ni akan bertukar menjadi keempat-empat musim dalam setahun mengikut musim yang sebenar dialami seluruh dunia..

Pada hari yang kami pergi tu, waktu tu adalah musim bunga..memang sejuk kat dalam rumah cuaca tu..yang menariknya ialah dalam rumah cuaca tu, ianya dihias/ di dekorasi kan seperti musim bunga. Memang real lah! Cantik-cantik sangat bunganya..


P/S: Buat sahabat saya Iza and Yan, .." Weh, aku memang suka pegi tempat banyak pokok lah...Sila jgn kutuk aku..."

Sungguh lama tak update blog ini..err..bukan sungguh lama kot, tapi teramat lama sekali..ini adalah disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan iaitu seperti; ketiadaan laptop dan broadband di rumah sewa saya (laptop adik dah ambik..ntah buat ape ntah,main game je lebihnya..) tapi memandangkan saya adalah seorang kakak yang berwibawa (",) hehe..., maka dengan rela hatinya saya benarkan laptop itu berada dalam biliknya..so, sekarang kena cari laptop barulah nampaknya...lain-lain faktor adalah kerana tugasan harian. Desakan tugasan harian yang memaksa untuk saya tidak menatap komputer di pejabat dengan lebih lama. Kecuali untuk membayar bil-bil berkenaan melalui online, check email penting ataupun cari autoriti kes-kes yang tertentu..maka, tertunggak lah segala idea untuk di isi di dalam blog..sehingga lah dimarahi oleh Iza dan Yan kerana katanya seolah-olah saya hanya menulis blog setahun sekali ! hahaha...
Actually, banyak perkara menarik atau yang tidak menarik berlaku sejak kebelakangan ini. Atau lebih tepat sekali setelah entry saya yang lepas..(wah, lamanya jarak entry yang lepas tu!)
Apa yang dapat dikongsikan disini ialah hanya beberapa perkara sahaja..Khas untuk tatapan bebarapa rakan karib yang mengetahui kewujudan blog saya ini.. (",).....
**Sila tengok entry seterusnya..**

Friday, September 12, 2008

Ramadhan datang lagi..


Hari ni dah 12 haribulan..Maknanya, dalam kalendar islam pun,12 Ramadhan 1429..Hari kedua belas berpuasa..

Corat-coret bulan puasa tahun ini:

  • terpaksa bukak puasa sorang-sorang..Ada la dalam dua hari je berbuka dengan suami. Dengan family langsung belum..Kat umah saorang-sorang je la. Kalau ada majlis, baru berbuka kat luar. Petang ni ada satu majlis berbuka puasa kat kuarters satu jabatan. Tapi rasanya malas nak pegi sebab tak ramai pegawai perempuan yang ada. Memang ada tapi saya mesti kena duduk satu meja dengan VIP sebab wakil ketua jabatan. So, mesti ramai pegawai-pegawai lelaki.. Pendek cerita, malas la..leceh..buakak puasa kat rumah lagi best..

  • fikir menu tiap-tiap hari nak makan ape. termasuk semalam, dah tiga hari makan nasi kerabu biru tu..dah bosan la pulak rasanya..petang ni makan ape pulak ye....Kalau dok sorang je, memang malas la nak masak. nak masak pun sikit aje..lelah je yang banyak nanti...

  • mula-mula pegi semayang terawih kat masjid dalam taman tu..masjid tu buat 20 rakaat..panas pun ye jugak kat situ sebab orang ramai..dah tu, masa nak balik, keta kena block dengan banyak motor-motor..So, cari alternatif lain iaitu pegi surau taman satu lagi.hehe..surau tu buat 8 rakaat je..tempat parking pun luas..

  • jiran-jiran baik-baik belaka..especially jiran umah sebelah kanan tu..asyik bagi makanan je untuk berbuka..mee goreng, laksa, mihun goreng, nasi goreng...naik malu jugak la dibuatnya..ni tengah fikir nak balas bekas dia nak letak ape dalam tu..buat bubur jagung la kot esok..
Kepada seluruh umat islam..Muslimin dan muslimat..SELAMAT BERPUASA...

Friday, July 25, 2008

Detik Baru Dalam Kehidupan..

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku


Majlis perkahwinan saya sekitar bulan Mei/Jun yang lalu berlalu dengan begitu sederhana dan meriah sekali..di kelilingi oleh sanak saudara yang jauh dan dekat, sahabat handai serta sahabat karib yang begitu banyak memberi sokongan..Sama ada sokongan berbentuk kewangan, tenaga, masa dan moral..terima kasih pada mama dan abah yang sememangnya banyak menyumbang dari segi kewangan dan tenaga..adik-adik serta makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekalian..(umi, ciksu, ayah chik dan lain-lain..) mama yang bertungkus lumus untuk memastikan orkid-orkid segar menghiasi meja makan tetamu, abah mengalu-alukan kedatangan jemputan yang jauh dan dekat..ayah haji yang memastikan lauk pauk cukup untuk hadirin..dan pelbagai lagi bentuk bantuan yang diberikan secara langsung atau tak langsung dari kalian..

Tima kasih juga pada my lovely iza dan yan..nora, maz serta syuk (yang kini saya terpaksa memanggilnya maksu, sebab saya kawin dengan anak sedara dia..eheh)..


Tak sangka menerima kunjungan dari sahabat-sahabat kelas LLM UIA..tima kasih pada my dear Kak Ina, Teoh, Gun, Afnani, Meor...


Ada yang tak dapat datang tapi kirim 'Ang Pau' and hadiah...(bestnya..)

Ada yang tak dapat datang tapi menelefon untuk kemaafan..Ada yang datang dari jauh..Kawan-kawan abah dari Johor, Singapore...


Pendek kata, majlis saya amat sederhana tetapi cukup untuk memuaskan hati abah dan mama..kerana ini bukan majlis saya, tetapi majlis untuk mereka. Kerana anak perempuan mereka hanya seorang sahaja..Selepas ini, tiada lagi majlis akad nikah di rumah mereka. Dan inilah kali pertama dan terakhir abah menggongcang tangan seorang lelaki yang bergelar menantunya..

Harapan saya, semoga saya berbahagia di samping suami yang dikasihi..