Sejak bermula Ramadhan tahun ini, saya hanya berdua dengan suami. Adam? Adam ada di rumah mama saya. Itu adalah kerana, seminggu sebelum Ramadhan, Adam demam teruk. Pada ketika tu, ayah Adam tiada di rumah. So, my mom came here to rescue. Hahah..cucu kesayanganlah katakan. Saya redha, because my mom jaga Adam dengan baik sekali. Lebih baik dari saya jaga. This friday saya akan balik dan bawa Adam balik ke rumah kami.
Well, Ramadhan saya hanya berdua dengan suami. Tanpa Adam. Itu bermakna, saya akan memasak untuk berbuka puasa dan sahur. Saya akan berterawih di surau bersama suami. Saya akan sekali sekala ke kedai mamak lepas terawih bersama suami untuk minum teh tarik + roti canai. Saya boleh bangun untuk solat malam.
Tidak pernah lagi saya ke bazar ramadhan kecuali hari sabtu yang lepas. Itu pun sebab nak tengok apa yang ada di jual di bazar tu. So, we ended up dengan membeli nasi kerabu for me and nasi beriani kambing for him.
Ramadhan tahun ni lebih bermakna sebab dapat berbuka dan bersahur dengan suami. Tahun lepas, saya seorang sahaja dengan Adam yang masih dalam perut. (",). Tahun lepas beli saja nasi sebungkus untuk berbuka.
Tahun ini, walaupun lauk ringkas, memasak di rumah. Kadang-kadang spagetti, mihun, mee..kalau tak nak makan nasi. Sahur pun, kalau tak nak makan nasi, buat burger or sandwich.
Setakat ini, Alhamdulillah atas rahmat yang tidak terhingga kerana dapat berbuka dengan sempurna.
Semalam berjaya membuat ikan siakap stim. Haha..ini adalah pertama kali.
[ini dari mr. google sebab saya punya tak sempat di ambil gambar. tapi lebih kurang mcm ini lah rupanya. (",)]
Minggu depan adam akan bersama kami. Insya Allah akan terus memasak instead of beli kat kedai. Kalau emergency, maybe akan beli juga lauk dan memasak nasi di rumah. But for sahur, tetaplah kena masak.
Terawih? Akan difikirkan kemudian. Amat mustahil untuk terawih di surau sebab Adam masih kecil. Mungkin boleh buat lepas adam dah tido. Mungkin. Insya Allah.
Selamat berpuasa kepada umat Islam. Semoga ibadah kita diterima olehNya. Amin.
No comments:
Post a Comment