"Allah menganugerahkan al-Hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, dia benar-benar telah dianugerahi
kurnia yang banyak".
(al-Baqarah: ayat 269)
Lagi beberapa hari saja tahun 2010 akan berakhir.
Di saat ini sepatutnya kita perlu muhasabah diri mengenai apa amalan yang telah kita lakukan sepanjang tahun lepas serta berazam untuk menjadi yang lebih baik pada tahun hadapan.
Sepanjang tahun 2010 juga, begitu banyak perkara yang perlu disyukuri atas limpah kurnia dan rahmat-Nya.
Syukur untuk:
1. Kesihatan yang berganda
2. Rezeki yang murah
3. Kenderaan yang elok
4. Kasih sayang suami, anak, keluarga dan kawan-kawan yang berkekalan
5. Pekerjaan yang hebat - kes-kes yang menang dalam tahun ini
6. Makanan yang sedap-sedap
7. Anak yang boleh digomol hari-hari
8. Duit poket yang cukup
9. Faedah dalam pelaburan yang bermanfaat
10. Masalah-masalah yang dapat diselesaikan
dan..... pelbagai rahmat Allah lagi yang perlu disyukuri.
Semoga di tahun hadapan ini, saya dan keluarga di sihatkan tubuh badan, murah rezeki dan panjang umur. Semoga kita terpilih untuk dianugerahi al-Hikmah oleh Allah swt.
Sehingga bertemu lagi pada tahun 2011.
Selamat Tahun Baru.
No comments:
Post a Comment