Tuesday, September 7, 2010

Adam, Ramadhan, Syawal.

Adam Shauqi

Adam is one year old last friday (3/9/10). Semoga anak ibu sihat selalu and membesar dengan ceria. Sekarang Adam ada dua gigi kat bawah. Dah boleh berdiri and meniti-niti dinding tapi belum boleh berjalan.
Rasa cepat sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik, Adam dah setahun. Rindu lagi pada Adam yang baby dulu. Gebu aje dia masa baby. Sekarang dah panjang sikit. Kurus sikit dah jugak sebab banyak main and lasak.




Adam jadi anak yang baik ya, sayang.

Ramadhan

Ramadhan dah nak sampai ke penghujung. Masya Allah, semoga dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. KPI atau sasaran pada Ramadhan tahun ini tidak begitu berjaya. Tadarus saya hanya sampai pada surah Yusuf sahaja. Itu pun, masa Adam tido, saya curi-curi untuk baca. Bila dia dah bangun, memang tak boleh nak buat apa lagi.
Solat malam pun macam tu. Kalau Adam tak bangun atau jaga masa sahur, buleh la buat. Lepas tu tunggu subuh terus. Kalau tak, solat subuh aje lah jawabnya. Walau apapun, menjaga anak adalah satu ibadat juga. Itu adalah tanggungjawab bukan?

Sehari dua ni, kat bandar begitu sesak. Banyak sungguh kereta. Shopping raya kot diaorang ni. Beberapa gerai kat bazar ramadhan pun dah banyak tutup. Semalam, tak dapat la makan nasi kerabu ada satu akak tu yang jual. Diaorang dah balik kampung kot. Dah la semalam bandar jem teruk, hujan pulak lebat. Natijahnya, beli ajelah KFC untuk berbuka. Dalam peti sejuk kat rumah dah clear. Bukan apa, tak nak simpan lauk lagi sebab malam esok dah nak balik kampung. Tak nak la tinggal lauk lama-lama dalam peti tu. Nanti dah tak fresh nak makan dalam masa sepuluh hari lagi.

So, petang ni nak makan apa? Alamak, pening.

Syawal

Setakat ni, semua persiapan dah siap. Esok malam Insya Allah akan bertolak ke terengganu. Mudah-mudahan selamat sampai.

Saya pernah terbaca bahawa sepotong ayat dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk hilangkan rasa mengantuk:
 
"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM... "
(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR"

Insya Allah, semoga yang memandu kereta, tidak lah mengantuk. (Suami saya yang bawa kereta. Saya tak pandai bawa kereta dia sebab manual. haha.)


KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN YANG MENGENALI DIRI SAYA, SAYA UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

 

2 comments:

PUAN THALHA : said...

Adam! Happy beshday sayang!
wah. bahagia nya fini dah ada adam. comel pulak tu. :)
semoga adam membesar sihat dan menjadi anak kebanggaan keluarga. Amin :)

Shafini Mustafha said...

thank you, thalha!