“ Dengan memohon Redhamu, pernikahan ini kami laksanakan, limpahkanlah kepada kami cinta yang kau jadikan pengikat keutuhan keluarga Rasulullah s.a.w dan Siti Khadijah, limpahkanlah kepada kami mata air kasih sayang keluarga Ali bin Talib dan Fatimah Azzahra, limpahkanlah kepada kami rahmat dan berkat sebagai bakal menjalani mahligai keluarga kami”. – Amin -
Doa sebegini lah antara yang selalu kita jumpa dalam kad-kad perkahwinan musim-musim cuti ni..Hari ni ada tiga undangan majlis perkahwinan yang perlu dihadiri:
1) Maryam & Khairul
Maryam kawan sekolah masa sekolah SMSL dulu..Majlis dibuat di Kompleks Perbadanan Putrajaya.
2) Mohd Nazri & Isteri (Tak tau nama isterinya sape. Kad lambat sampai..)
Kawan sekelas kat SMSL jugak..Tak sangka plak hari kawin nazri dgn maryam sama..Majlis
kawin dilangsungkan di Bagan Datoh..Jauh tu..
3) Farah Hanani & Asril
Kawan satu kelas kat UiTM..Masih baru lagi grad sama-sama tahun 2006. Majlis Farah di buat di Terengganu..
Kesimpulannya, hanya majlis Maryam saja yang sempat dihadiri..Ini adalah kerana, 19hb jatuh pada hari ahad. Hari sabtu sebelumnya, perlu menghadiri kelas sampai petang..Maka, sempat ke majlis kawin yang dekat sahaja..
Walaubagaimanapun, buat kawan-kawan yang telah menaiki pelamin..Moga berbahagia ke anak cucu..Selamat menempuh hari-hari mendatang dengan penuh bahagia..
** 20hb Ogos 2007
Selamat Pengantin Baru Mukmin & Khalilah
Ada majlis akad nikah yang perlu dihadiri malam ni..Bos kawin..Akhirnya, bos menemui pasangan hidupnya yang ideal..Mula-mula pegi rumah bos dulu..(rumah pengantin lelaki). Makan-makan ringan, kemudian baru bertolak ke rumah pengantin perempuan. Masa tu, hujan turun dengan lebat. Kata bapa pengantin lelaki, harap-harap ianya hujan rahmat. Semoga perkahwinan bos dan isteri di rahmati Allah dan bahagia hingga ke akhir hayat.. (”,) ** Bos bagi balik awal hari ni**....Yippee!
** 24hb Ogos 2007
Agak sibuk sikit...keje banyak..sebab 27hb nanti nak cuti sempena konvokesyen. Hari tu jugak nak balik JB. 28hb nak ke Jabatan Insolvensi JB. 29hb ada court kes di high court JB. Malam ni jugak ada majlis persandingan bos. Esok pulak ada test corporate finance. Jadi, terpaksa buat stress management hari ni. Stress sebab keje banyak dan stress sebab ada masalah di court tadi.
Akhirnya, balik dari ofis dah pukul 8.15 malam. Lepas solat maghrib, terus ke dewan majlis persandingan bos. Bos & wife pakai baju tema kaler hijau dgn pink. Hehe..comel. Sempat jugak la naik atas pelamin tadi tepung tawar pengantin..Ada sorang member cakap,”Wei, orang tak kawin mana bleh naik tepung tawar..”. Ye ke? Tapi bos dah jeling-jeling suruh tepung tawar dia..So, naik je la..Dapat bunga telur.. (”,)..Selamat Pengantin Baru, bos...!
** 25hb Ogos 2007
Tadi ada test. Rasa-rasanya buleh jawab. Tapi tak tau la kalau jawapan tu berterabur ke macam mana ke..hehe...Takpe, dah jawab sebaik mungkin sebab award nya ialah...dinner dgn tunang tersayang..! Yeay !
** 26hb Ogos 2007
Gambar Kiri: Bersama rakan-rakan seperjuangan (Shariman, Kak Ina & Hj Aziz)
Gambar Kanan: Bersama tunang yang menghadiri majlis konvokesyen..
Konvokesyen UIAM yang ke 23. Agak sedih sebab parent and adik-adik tak datang. Abah baru balik dari kursus. Sudahnya, tunang saja yang hadir. Kira ok la tu..Orang lain mungkin ada sape-sape pun tak hadir..Paling best, dapat jambangan bunga besar..Sape lagi bagi kalau bukan tunang saya..(”,)..Pastu, lunch kat rumah umi. Petang pulak, bersiar-siar dengan tunang di taman tasik. Sempena nak merdeka ni, ape kata kita naik Eye On Malaysia !
Konvokesyen UIAM yang ke 23. Agak sedih sebab parent and adik-adik tak datang. Abah baru balik dari kursus. Sudahnya, tunang saja yang hadir. Kira ok la tu..Orang lain mungkin ada sape-sape pun tak hadir..Paling best, dapat jambangan bunga besar..Sape lagi bagi kalau bukan tunang saya..(”,)..Pastu, lunch kat rumah umi. Petang pulak, bersiar-siar dengan tunang di taman tasik. Sempena nak merdeka ni, ape kata kita naik Eye On Malaysia !
Pemandangan-pemandangan hebat dari dalam gondola Eyes On Malaysia..
** 27hb Ogos 2007
Hari ni balik JB...Bestnya mengenangkan makan lauk mama masak..Hik..Hik..
**31hb Ogos 2007
**31hb Ogos 2007
Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-50! Semoga Malaysia lebih matang dan maju ke hadapan..Serta di rahmati oleh Allah selalu...Amin. Merdeka !
** 1hb Ogos 2007
Bila dah petang, mood takde tiba-tiba...esok dah nak balik KL. Malasnya..Berat hati nak balik sana. Selama seminggu ni amat rilek...Tak payah pegi ofis tengok fail yang melambak-lambak tu..tak payah angkat phone calls, tak payah macam-macam...Lagi pulak, hari ni kelas cancelled. Memang rasa heaven sangat! Bukan senang kelas nak cancelled..hehe...Tadi makan Kenny Rogers, tengok movie...bukan senang juga nak ada masa kualiti sebegitu dengan tunang..Fuh, mendung sungguh rasa hati ni...
No comments:
Post a Comment