Your Character Is Revealed By The Clarity Of Your Convictions, The Choices You Make, And The Promises You Keep. Hold Strongly To Your Principles And Refuse To Follow The Currents Of Convenience. What You Say And Do Defines Who You Are..
- Shafini Mustafha
- Johor, Malaysia
- She is write on what she have inside her soul...She is try to make herself happy with what she have all around her..
Wednesday, December 5, 2007
Silent..
2008 is coming...so many things have to be done!!!
Tuesday, November 20, 2007
Missing In Action kejap..
Thursday, October 11, 2007
SELAMAT HARI RAYA
Macam lagu Ahmad Jais…”setahun telah berlalu..kita menjamu nafsu..”..So, sebulan je kita menahan pelbagai nafsu. Esok lusa dah nak raya..
Suasana di mana-mana agak meriah..Warung-warung dah ada yang bakar lemang..masak rendang..
Jalan pun dah ala-ala jem..semua dah nak balik kampung.Hari ni pun dah tak sekolah..
Di kesempatan yang mulia ini..saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada:
a) Mama dan abah
(maaf atas segala kedegilan (jika ada) hehe.., kesilapan saya..)
b) Adik-adik
(maaf sebab selalu berebut remote tv, paksa korang basuh kereta, curi air korang dalam peti..hehe)
c) Tunang tersayang
(maaf kalau byk merajuk..tima kasih sebab bagi kad raya yang besar dan cantik..tima kasih juga sebab bagi duit raya..(“,)..love u…)
d) Kawan-kawan tercinta
(maaf atas silap salah masa zaman kita belajar dulu..masa nakal-nakal dulu..maaf pada mereka yang tak sempat untuk diberi kad raya..)
e) Semua staff di ofis dan bos-bos
(maaf kalau ada termengumpat atau terkutuk…eheh…)
f) Pada semua sedara mara di kampung..
(maaf sebab tak dapat balik tahun ni…nenek dgn atuk beraya dgn kami di shah alam)
g) Pakcik-makcik yang dihormati..
(maaf zahir batin semua…duit raya saya mana? Saya belum kawin lagi, so dapat la duit raya kan?)
SELAMAT HARI RAYA SEMUA….MAAF ZAHIR BATIN (",)
Tuesday, October 2, 2007
Birthday Zaza
HAPPY BIRTHDAY, ZAZA
Hingga hujung usia..
Friday, September 28, 2007
Kisah di Bazar Ramadhan
Beli ayam percik yang nampak sedap tu..
Kemudian, terus berjalan ke arah kereta..
Kereta diletakkan di tempat yang agak tersorok berikutan takde parking..(gila ramai org dtg bazar Ramadhan kat Melawati tu..)
Masa nak jalan ke kereta, terasa mcm ada orang ikut dari belakang..
Makin dipercepatkan langkah, makin cepat juga orang dibelakang tu mengejar..
Perut dah kecut sebab membayangkan orang jahat yang kejar kat belakang tu..
Nak mintak tolong nanti, orang dengar ke?
Lalu, memutuskan untuk berpaling setelah mendengar suara dari belakang..
"Kak, ni duit belen beli ayam tadi..Saya panggil, akak tak dengar..."
Ceh, lupa ambik duit baki beli ayam percik tadi rupanya.. Lupa plak tadi bagi RM5, ayam tu RM4..so, balance la lagi singgittt.....
Kesian budak tu kena kejar jauh-jauh sebab nak bagi duit belen singgit nih...Eheh..
Wednesday, September 26, 2007
Laporan Ramadhan
a) kuih-kuih dan juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan nampak mcm sedap-sedap belaka..tapi bila beli, indah rupa dari kelazatannya..Mungkin ada sesetengah peniaga yang berniaga setahun sekali iaitu masa bulan puasa je..
b) jemaah-jemaah terawih kat surau dah tak ramai macam malam pertama terawih dulu..
c) budak-budak kat sekitar rumah dah sibuk-sibuk main bunga api dengan mercun..
d) hari-hari ntah berapa kali tengok jam..rasa office hour panjang sangat walaupun buleh balik dah pukul 4.15..
e) Semalam terlepas sahur..hari ni tengok kertas kat ofis pun macam nak makan je kertas tu...eheh...
Friday, September 14, 2007
Ramadhan datang lagi..
Kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai, ampun maaf dipinta, selamat menyambut Ramadhan.. (juga kepada tunang tersayang yang jauh di mata...)
Kepada Nadia yang memulakan puasa di tanah suci, selamat pergi dan selamat pulang..
Selamat Berpuasa kepada semua muslimin muslimat..Semoga mendapat keberkatan dari-Nya..
Wednesday, September 5, 2007
Story-story tertunggak...
“ Dengan memohon Redhamu, pernikahan ini kami laksanakan, limpahkanlah kepada kami cinta yang kau jadikan pengikat keutuhan keluarga Rasulullah s.a.w dan Siti Khadijah, limpahkanlah kepada kami mata air kasih sayang keluarga Ali bin Talib dan Fatimah Azzahra, limpahkanlah kepada kami rahmat dan berkat sebagai bakal menjalani mahligai keluarga kami”. – Amin -
Doa sebegini lah antara yang selalu kita jumpa dalam kad-kad perkahwinan musim-musim cuti ni..Hari ni ada tiga undangan majlis perkahwinan yang perlu dihadiri:
1) Maryam & Khairul
Maryam kawan sekolah masa sekolah SMSL dulu..Majlis dibuat di Kompleks Perbadanan Putrajaya.
2) Mohd Nazri & Isteri (Tak tau nama isterinya sape. Kad lambat sampai..)
Kawan sekelas kat SMSL jugak..Tak sangka plak hari kawin nazri dgn maryam sama..Majlis
kawin dilangsungkan di Bagan Datoh..Jauh tu..
3) Farah Hanani & Asril
Kawan satu kelas kat UiTM..Masih baru lagi grad sama-sama tahun 2006. Majlis Farah di buat di Terengganu..
Kesimpulannya, hanya majlis Maryam saja yang sempat dihadiri..Ini adalah kerana, 19hb jatuh pada hari ahad. Hari sabtu sebelumnya, perlu menghadiri kelas sampai petang..Maka, sempat ke majlis kawin yang dekat sahaja..
Walaubagaimanapun, buat kawan-kawan yang telah menaiki pelamin..Moga berbahagia ke anak cucu..Selamat menempuh hari-hari mendatang dengan penuh bahagia..
** 20hb Ogos 2007
Ada majlis akad nikah yang perlu dihadiri malam ni..Bos kawin..Akhirnya, bos menemui pasangan hidupnya yang ideal..Mula-mula pegi rumah bos dulu..(rumah pengantin lelaki). Makan-makan ringan, kemudian baru bertolak ke rumah pengantin perempuan. Masa tu, hujan turun dengan lebat. Kata bapa pengantin lelaki, harap-harap ianya hujan rahmat. Semoga perkahwinan bos dan isteri di rahmati Allah dan bahagia hingga ke akhir hayat.. (”,) ** Bos bagi balik awal hari ni**....Yippee!
** 24hb Ogos 2007
Agak sibuk sikit...keje banyak..sebab 27hb nanti nak cuti sempena konvokesyen. Hari tu jugak nak balik JB. 28hb nak ke Jabatan Insolvensi JB. 29hb ada court kes di high court JB. Malam ni jugak ada majlis persandingan bos. Esok pulak ada test corporate finance. Jadi, terpaksa buat stress management hari ni. Stress sebab keje banyak dan stress sebab ada masalah di court tadi.
Akhirnya, balik dari ofis dah pukul 8.15 malam. Lepas solat maghrib, terus ke dewan majlis persandingan bos. Bos & wife pakai baju tema kaler hijau dgn pink. Hehe..comel. Sempat jugak la naik atas pelamin tadi tepung tawar pengantin..Ada sorang member cakap,”Wei, orang tak kawin mana bleh naik tepung tawar..”. Ye ke? Tapi bos dah jeling-jeling suruh tepung tawar dia..So, naik je la..Dapat bunga telur.. (”,)..Selamat Pengantin Baru, bos...!
** 25hb Ogos 2007
Tadi ada test. Rasa-rasanya buleh jawab. Tapi tak tau la kalau jawapan tu berterabur ke macam mana ke..hehe...Takpe, dah jawab sebaik mungkin sebab award nya ialah...dinner dgn tunang tersayang..! Yeay !
** 26hb Ogos 2007
Konvokesyen UIAM yang ke 23. Agak sedih sebab parent and adik-adik tak datang. Abah baru balik dari kursus. Sudahnya, tunang saja yang hadir. Kira ok la tu..Orang lain mungkin ada sape-sape pun tak hadir..Paling best, dapat jambangan bunga besar..Sape lagi bagi kalau bukan tunang saya..(”,)..Pastu, lunch kat rumah umi. Petang pulak, bersiar-siar dengan tunang di taman tasik. Sempena nak merdeka ni, ape kata kita naik Eye On Malaysia !
**31hb Ogos 2007
Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-50! Semoga Malaysia lebih matang dan maju ke hadapan..Serta di rahmati oleh Allah selalu...Amin. Merdeka !
** 1hb Ogos 2007
Bila dah petang, mood takde tiba-tiba...esok dah nak balik KL. Malasnya..Berat hati nak balik sana. Selama seminggu ni amat rilek...Tak payah pegi ofis tengok fail yang melambak-lambak tu..tak payah angkat phone calls, tak payah macam-macam...Lagi pulak, hari ni kelas cancelled. Memang rasa heaven sangat! Bukan senang kelas nak cancelled..hehe...Tadi makan Kenny Rogers, tengok movie...bukan senang juga nak ada masa kualiti sebegitu dengan tunang..Fuh, mendung sungguh rasa hati ni...
Tuesday, August 14, 2007
Depress..
Wednesday, August 8, 2007
Rindu..
Isu kali ni ialah..Masa itu emas.. Macam tu lah perumpamaannya..
Masa untuk berjumpa keluarga (bagi orang yang duduk jauh dgn keluarga macam saya ni), rasa macam jumpa emas je..
Apatah lagi bila jumpa dengan tunang tersayang..pun rasa macam jumpa emas, tak pun intan berlian..(",)...
Bila balik sini balik, belum pun bas tu tutup pintu, rindu dah menerjah di ruang hati..rindu nak makan mama masak, rindu nak bermalas-malasan atas sofa sambil tengok tv, rindu nak makan mee rebus dengan tunang..Macam-macam jenis rindu ada..
Rindu macam mana pun, terpaksa jugak balik sini..(^_^)..nak buat macam mana....huwaaa.....
Long Call..
Terasa masih baru lagi bersama-sama dalam kelas LL.B dulu..walaupun tak sama kelas masa LL.B (Hons), tapi kita tetap satu rumah..dan permulaannya satu bilik masa matrikulasi tahun 2000 dulu..(ko selalu bangun awal, pahtu kejut aku plak..) Ko selalu payungkan aku bila time hujan..(sebab ko kata aku pendek, tak buleh pegang payung..), kita selalu kutuk dining hall hostel bila lauk utk dinner tak sedap..selalu malas nak pegi aktiviti-aktiviti kolej yg kadang-kadang ntah ape-ape tuh..macam-macam kenangan masa study dulu kan? Last but not least... Zaza, ko ingat tak masa kita suddenly ponteng kelas Pn. Mariam tu? Kih..kih..
Photo: With my beloved Zaza..
Tuesday, July 31, 2007
Hampeh..
En. X : Selamat Petang, Cik Shafini ke ni?
Saya : Ye, saya..
En. X : Saya ni En. _______, saya dapat no telepon Cik Shafini dari Cik M.. Cik Shafini kenal Cik M? (siap ko M ! Sape suruh bagi no aku..)
En. X : Kami ada buat pelan rancangan kewangan..bla..bla... So, saya ingat nak buat temujanji dgn Cik Shafini esok..Opis Cik kat mana?
Saya : Err....awak call esok lah..Tengok dulu saya ada kat mana..Pagi esok saya ada keje kat luar..
En. X : Haa, saya call Cik dlm kul 11 buleh?
Saya : Em, call lah.. (Aku nak tutup phone esok..)
En. X : Ok ye, see you tomorrow.
Saya : Ha'ah..ye lah.. (Ko tunggu la situ sampai lebam..hua..hua)
Tensen..
Sunday, July 29, 2007
Keja..
Wednesday, July 25, 2007
Our Friendship..
Baby..
Ada beberapa calon nama, antaranya: Amir - Yang Dipercayai, Alif - Yang Rapat, Hariz - Pemelihara, Hazim - Yang Tegas, Hakim - Bijaksana, Hanif - Yang Lurus, Haziq - Cerdik, Haris - Pelindung....Ada banyak nama lagi, tak tahu nak pilih yang mana sebab semua nama best-best..
Memilih nama untuk anak amat penting, sebab dalam kehidupan seharian, orang sekeliling akan hari-hari menyebut namanya..Di sekolah misalnya, cikgu akan sebut nama kita, kawan-kawan kita lagi...Maksudnya, perlu ada makna yang baik untuk setiap nama itu. Dengan makna nama itu lah, semoga kita membesar melalui pembentukan peribadi yang seiring dengan makna nama kita itu. Insya Allah, mudah-mudahan begitulah...
Tuesday, July 24, 2007
Jauh..
Semakin terpisah, kita jadi semakin gagah..
Semakin jauh, kasih kita semakin kukuh..
Jauh itu dekat..!
Nota: Rindu tunang... (^_^)
Hal-hal Dunia..
"....dan janganlah kamu takut kepada mereka, melainkan hendaklah kamu takut kepadaKu." (Al Baqarah: Ayat 150)
Jadi, apa perlu bimbang lagi? Pening kepala sikit-sikit tu biasa la kan? Semua orang pun banyak masalah..Tak gitu? Senyum sikit...(",)
Monday, July 23, 2007
Bila Bersamamu..
Ukhuwah..
Teruja dengan kata-kata Imam al-Ghazali yang mulia:
“Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan
Ku harapkan mekar di hati
Agar perhubungan suci ini
Kan terus mantap menjadi syafaat
Terukir indah
Di pintu Jannah!
Senyum..
Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling banyak senyum kecuali tiga tempat:
* Apabila baginda sedang menerima wahyu
* Apabila menyebut tentang kiamat
* Apabila sedang berpidato memberi pengajaran
Kekadang baginda ketawa sehingga nampak gigi gerahamnya..
Gambar Hiasan: My favourite photo - My Mr. Right is smiling..
Sunday, July 22, 2007
2007...
Hanya sebagai perkenalan..Beberapa detik kegembiraan yang berlaku dalam tahun 2007...
Diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara Kuala Lumpur..Dari kiri: En. Akmal (Master) dan Sebelah kanan tu En Razali, Mover utk majlis hari tu...
Ahli keluarga yang memeriahkan majlis pada hari berkenaan..Abah, Mama, Ani, Ayah haji, Umi, Uncle Rahman, Ayah Chik , Ciksu...
Menamatkan pengajian dalam Diploma Syariah Legal and Practice (UIAM) - Bergambar kat depan opis Law Centre lepas habis exam paper hari last..Paper Harta Pesaka susah gila nak jawab..nasib baik dapat B+..Eheh... (Insya Allah, Konvokesyen bakal berlangsung pada Ogos nanti..)
Majilis Pertunangan - 04.06.07
Saat cincin disarungkan ke jari abg oleh abah tersayang..Eheh..Cutenya.. (Gambar sarung cincin versi perempuan tak payah tunjuk lah, hehe...)
Bersama hero-hero mama dan abah..Saya seorang saja puteri dalam keluarga..(",)
Alhamdulillah atas apa yang dikurniakan sepanjang tahun ini...semoga murah rezeki, dan panjang umur utk menerima segala rahmat yang akan datang..Insya Allah..