Thursday, November 10, 2011

Random

Macam-macam rasa nak update. Dah lebih 3 bulan tak jenguk blog ni. Bukan nak bagi org baca pun, saja suka-suka nak tulis.

Cerita dulu la yang random..

Kalau buat kes, memang senang juga. Tu pun kalau saksi semua ok.
Tapi time nak buat hujahan, memang malas sgt..
Tapi nak buat oral submission lagi malas..hik hik..

Ok, siapkan dulu submission ni.

Tuesday, June 28, 2011

Work

Apabila saksi tidak perform dengan baik, maka hati ada sedikit sedih dan kecewa. Maka penat akan mula terasa. Maka mood akan hilang begitu saja.

Tapi apa kan daya, terima sajalah dan buat yang terbaik untuk hujahan nanti.

Bukankah begitu?

Sekian.

Monday, January 24, 2011

Nyum Nyum

Mahu gigih menyiapkan repot-repot, submissions dan lain-lain hal di ofis ini.

Kemudian, petang nanti mahu memberi ganjaran kepada diri sendiri dengan memakan kerabu mangga yang sedap dan lazat.

[gambardari Mr.Google]
Nyum. Nyum. Nyum.

Tak sabar menunggu lewat petang.

Haish.

XOXO (",)

Wednesday, December 29, 2010

Selamat Datang 2011

"Allah menganugerahkan al-Hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, dia benar-benar telah dianugerahi
kurnia yang banyak".
(al-Baqarah: ayat 269)

Lagi beberapa hari saja tahun 2010 akan berakhir.
Di saat ini sepatutnya kita perlu muhasabah diri mengenai apa amalan yang telah kita lakukan sepanjang tahun lepas serta berazam untuk menjadi yang lebih baik pada tahun hadapan.

Sepanjang tahun 2010 juga, begitu banyak perkara yang perlu disyukuri atas limpah kurnia dan rahmat-Nya.

Syukur untuk:

1. Kesihatan yang berganda
2. Rezeki yang murah
3. Kenderaan yang elok
4. Kasih sayang suami, anak, keluarga dan kawan-kawan yang berkekalan
5. Pekerjaan yang hebat - kes-kes yang menang dalam tahun ini
6. Makanan yang sedap-sedap
7. Anak yang boleh digomol hari-hari
8. Duit poket yang cukup
9. Faedah dalam pelaburan yang bermanfaat
10. Masalah-masalah yang dapat diselesaikan

dan..... pelbagai rahmat Allah lagi yang perlu disyukuri.

Semoga di tahun hadapan ini, saya dan keluarga di sihatkan tubuh badan, murah rezeki dan panjang umur. Semoga kita terpilih untuk dianugerahi al-Hikmah oleh Allah swt.

Sehingga bertemu lagi pada tahun 2011.

Selamat Tahun Baru.

Thursday, November 25, 2010

Update Cuti-Cuti

Entry lepas pasal beberapa plan yang hendak dibuat time cuti-cuti baru ni.

Hanya satu plan saja yang berjaya begitu lancar iaitu bawa Adam jumpa speacialist. Kami pergi one of Medical Centre kat Shah Alam on 15hb. At 10am, masuk jumpa doc and lepas cerita semua masalah Adam, he decided to make a further examination i.e kena masuk wad la. Then, kena tunggu lama sikit untuk proses insurans, nak tunggu GL keluar and bla bla bla. Then, balik rumah dulu ambil beg (yang dah siap stanby), makan and 2pm pegi balik MC and warded.

Ingatkan dalam dua hari je kat wad but since doc dah start giving antibiotics to Adam, so we have to stay until Thursday. Nasib baik dapat bilik single, so suka hati la nak buat apa tanpa segan kat orang sebelah (kalau dok double payah sikit). Memang agak boring la kat wad sebab apa sangat la nak buat. Nasib baik la ada channel Star Movie, boleh gak tengok movies.

So, this year punya Aidiladha disambut biasa-biasa ajelah. Maklum saja kat wad. Tapi Adam still pakai baju melayu on the day. Nenek Adam bawak nasi minyak pagi raya tu.


Alhamdulillah sekarang sudah sihat. Dah tak ada batuk-batuk lagi. Moga-moga Adam akan sentiasa sihat lepas ni.

So, since dah four days kat ward, plan-plan lain tu tak tercapai sepenuhnyalah.

Nak jumpa Dentist: Dah pergi on that Friday, tapi tak ada rezeki kami agaknya sebab kat klinik dental tu tak ada air pulak. So susah la nak buat scaling and bla bla..Sabtu pagi pulak appointment dah penuh..Bukan tak nak pegi dental lain tapi situ aje yang ok and harga pun berpatutan..

Shopping: Ada la sempat sikit-sikit aje..itu pun barang-barang yang betul-betul perlu je. Hajat nak window shopping tak berjaya la..

Photoshoot Adam: Pun tak berjaya sangat sebab masa tak sempat, cuaca pun tak berapa bagus. So, ambik gambar Adam mandi kolam aje lah..tu pun kat depan rumah je..hehe

Facial: Pun tak sempat nak guna kupon facial tu..adohai..

Apapun, tak apalah, yang penting, plan no.1 tu berjaya sepenuhnya. Alhamdulillah.

Monday, November 8, 2010

Cuti-Cuti

Next week saya akan bercuti. Seminggu.
Dalam seminggu tu, macam-macam hal nak dibuat.

Antaranya:

a) Jumpa Pakar Kanak-kanak.
This is due to Adam's cough problem. Nak buat medical check-up untuk Adam la lebih kurang. Sudah buat appointment dengan that particular doctor today.

b) Jumpa Dentist.
Saya akan jumpa dentist setiap 6 bulan. Ya, sekarang sudah lebih sikit lah. Dah 8 bulan ni. Gigi saya tiada masalah, cuma kalau nak rasa lebih selesa, saya memang akan jumpa dentist untuk check apa yang patut.

c) Do some facial.
Saya dapat kupon free untuk beberapa jam sesi facial dari sebuah pusat kecantikan. Ngee. So, saya akan pilih cawangan di Shah Alam so that senang sikit saya nak pergi and mintak tolong mama jagakan Adam.

d) Do some shopping.
Untuk beli sesetengah barangan yang saya tak dapat beli di bandar ini. Saya berangan nak ke KL, Jalan Tunku Abdul Rahman and bla bla bla. Hehe.. Angan-ngan saja. Kalau ada masa, boleh la pergi. Kalau tak, yang mana dekat-dekat sajalah.

e) Ziarah aunties/uncle
Dah lama tak jumpa aunties and uncles kat sana. Sempena Raya Haji ni, so boleh la ziarah menziarahi. (",)..

f) Photoshoot Adam
Pakcik Adam dah janji untuk buat photoshoot Adam lagi sekali. Wohoo.. Best. Best. Lokasinya belum tahu lagi. Mungkin kat tasik atau mana-mana padang yang cantik. (",)..

g) Dan beberapa perkara lain yang dirasakan patut untuk dibuat. Hehe..

Tak sabar rasanya mahu cuti!

Thursday, October 14, 2010

Kerja

Ya, saya ada dua hujahan nak kena siapkan. Esok ada satu kes sambung bicara untuk habiskan dengan seorang saksi lagi. Ok, hujahan saya masih belum siap lantaran 'tiada mood'. Buleh gitu? Yang satu tu dah siap 80%. Sikit lagi nak siapkan. Satu lagi tu belum siap lagi. **High**

Satu hujahan ni untuk kes yang jarang-jarang orang buat. So, contoh hujahan untuk dirujuk tak adalah. Kenalah fikirkan sendiri. Masalahnya, idea tak banyak ni. Adoila..

Kedua-dua hujahan tu kena siap sebelum 5.00 petang esok.

Sila ambil cabaran ini ya. Sekian, terima kasih.