Tuesday, July 27, 2010

Sudah

Kelas sudah..
Exam bertulis sudah..
Group discussion sudah..
Presentation pun sudah..


Ok, malam ni buleh tido lena sikit.. 


Kawan-kawan, moga kita lulus dengan cemerlang..!


**Entry ini ditulis dalam keadaan hati yang tenang dan lapang** Alhamdulillah.

Saturday, July 24, 2010

Kursus

Ada dua hari lagi untuk kursus..which means two days for penilaian..
Mula-mula masa masuk kelas last week takde la tension sangat..rasa macam la la la la je gi kelas..
when the classes over, and its time to do your research and revision, suddenly telah diserang perasaan nervous dan cuak yang extreme..


Adoila..macam mana ni? Research dah buat dah..tapi takut ntah macam cukup ke reasearch aku ni?
Well, ape-ape hal jangan panik..esok kan ada group discussion..discuss la dengan dioarang, ok..(sesi memujuk hati sendiri)..


Ok lah, good luck ya shafini..! (apakah?)

Wednesday, June 30, 2010

Last week saya tiada di daerah ini..Last week adalah minggu yang sangat best..

19hb Jun

Bertolak ke Shah Alam. Saya dengan Adam saja. Naik kereta bersama mama and abah. Ayah Adam tinggal. haha..

20hb Jun

4.00 petang-bertolak ke I*LKAP untuk daftar asrama.

21hb - 23hb Jun

Saya berada di I*LKAP untuk berkursus. Roomate saya adalah Mages, seorang lecturer dari IPTS. Mages is a very nice person. We talked and discussed a lot about so many things. Juga sempat berkenalan dengan Sally, dari Perlis.
Tiga hari maybe cukup untuk 'berehat' sambil mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan baru. Penceramah-penceramah semua hebat and i'm so happy. (walaupun ada juga sesi yang saya sangattt mengantuk..)

24hb - 25hb Jun

Saya bercuti rehat. Melawat ibu saudara yang jatuh sakit dan bertemu Kak Long, sepupu saya yang balik bercuti dari Sibu. Juga Jasmin, anak gadis beliau yang tua sedikit saja dari Adam..she is so cute.

4.30 ptg 25hb, saya bertolak ke Kuantan untuk menghadiri majlis pertunangan sahabat baik saya, Izza.

Tiba di Kuantan jam 9.30 malam.

26hb Jun

Paginya, bertungkus lumus membuat persiapan majlis pertunangan Izza. Jam 12.30, rombongan meminang sampai.
Yan dan Nora membuat kejutan dengan hadir sama di majlis tersebut. Ingatkan saya dengan Syuk saja yang ada menemani Izza..
Kami makan banyak puding yang dibuat oleh Kak Za. haha..Nora makan sembilan bekas kot.. (saya pun..hehe)
Sudah majlis, kami beransur pulang. Oh ya, Hisham datang juga dari Johor. Beliau bertolak jam lapan pagi. Sampai dalam jam dua belas tengahari. Jadi, saya dan hisham pulang ke Shah Alam kerana Adam tinggal bersama nenek.
Sempat juga ditapau lauk oleh Kak Za. Haha..lauk pauk yang sungguh sedap.
Saya tidak mengambil sebarang gambar kerana Izza sudah mempunyai OP yang mengambil gambar-gambar beliau. Lagipun, kamera saya tiada bateri..haha..

27hb Jun

Bertolak balik ke Johor. Sungguh sedih kerana teramat selesa tinggal di rumah mama. haha..
Lepas zohor bertolak dan sampai di rumah kami dalam jam enam petang..


**Itulah antara laporan paling ringkas untuk minggu lepas. haha..

Thursday, June 17, 2010

Usia


 
"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).


Syukur atas usia yang bertambah ini. Semoga dipanjangkan umur untuk menjadi hambaNya yang baik. Semoga diberi kesihatan yang sempurna dan iman yang cekal, dimurahkan rezeki serta kehidupan yang elok..
 
Terima kasih, Ya Allah.
 

Wednesday, June 16, 2010

Anak






Seorang datang kepada Nabi Saw dan bertanya, " Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?" Nabi Saw menjawab, "Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatimu)." (HR. Aththusi)

*******

Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”(Bukhari)


 

Tuesday, June 15, 2010

Shopping

Ada beberapa perbezaan bila pergi shopping dgn friends, parents, husband, husband + children...

With friends

Paling syok bila pegi shopping complex dengan kawan-kawan.. Lagi best kalau kawan tu pun kaki shopping jugak..haha..setakat ni, nobody can beat Izza yang memang sentiasa bersemangat bila kami ke Jusco..(Yan pun sama)..
Kalau pergi dengan mereka ini, masuk Jusco dari pagi, sampai malam pun buleh ada kat situ lagi..memang tak sedar matahari nak jatuh. Shopping, makan, semayang, shopping lagi..lagi dan lagi..
Shopping di sini tak bermaksud semestinya beli barang..maknanya, window shopping lah..tengok wayang..and kalau shopping pun maybe setakat magazine, toiletries or roti je..hahah...
Semua kedai kami masuk..belek sana, belek sini..masuk kedai lain pulak..uih, heaven betul..

With Parents

Well, masa bujang dulu, ada yang best and ada yang tak best pegi shopping dengan my parents..
Yang tak bestnya, mesti kena ikut my dad masuk kedai mana..maksudnya, kena ikut je dia pegi mana. no freedom nak masuk kedai lain alone..huh, boring nya masa tu..
Tapi..yang bestnya ialah..kalau nak sesuatu barang, bagitau elok-elok kat my dad, and he will pay it..hahaha..seronok yang amat...

With Husband (sebelum kawin)

Sebelum kawin memang la best kalau gi shopping..the husband to be akan ikut je kalau kita nak masuk kedai tu ke, kedai ni ke..nak makan situ ke, nak makan sini ke..
tengok wayang cite ape pun, kita yang pilih..

With Husband (after married)

**Sama juga macam perenggan di atas**

With Husband and Child

Yang ni lemah sikit..sekarang ni, kalau shopping dengan my two boys ni, tak dapat la nak masuk semua kedai, nak window shopping sana, window shopping sini..maklum saja la nak dukung my baby boy tu kan berat..selalu passing each other nak dukung that boy..he dont want to be in stroller..tu masalahnya..
So, bila dah berat nak dukung tu, semua benda nak kena cepat aje..beli je la benda yang perlu..
And..tak dapat la tengok wayang sekarang ni..tunggu je la keluar dvd ke ape ke..

I love shopping..no..i mean, window shopping..hehe..
Its a good theraphy for a woman kan?



Thursday, June 3, 2010

Minggu depan school holiday..Nenek and Atuk Adam kata nak datang sini. Tapi belum tahu tarikhnya sebab Pak Su Ani ada aktiviti kat sekolah sepanjang cuti sekolah tu..

Well, kesian juga Adam main sorang-sorang..I mean kalau ada his uncles, nenek and atuk..meriah sikit..
We all nak balik sana pun, cuti tak ada..want to save the cuti untuk kes-kes emergency ke ape ke..
Mine will be ok sebab my cuti banyak lagi..the problem is the husband..his department takde orang la, he has to cover up the work la..bla..bla..bla..

So, dia yang susah cuti. Not me..

Looking forward to bring Adam jalan-jalan this weekend..tapi ke mana ya?
Since bertiga beranak aje..no need to go to happening place sangat lah kot..hehe..tempat biasa-biasa je pun ok..but where?

Hmm..quite boring with the office today..penat kot sebab hari ni puasa..so boring la sebab takleh makan..haha..

**Cepat la sikit petang menjelma**..hehe..
Kalau buat ibadat sikit, ada je kerenah dan alasan..(haish, apa nak jadi..)

Errmm..apa kata kalau this lunch time, i pegi ronda cari baju baru untuk attend enggagement day my best friend Izza..kui3x..melampau betul sampai nak cari baju baru..Itu adalah taktik untuk merasakan masa berlalu pantas ye.. (",)..

Oklah..(alamak baru pukul 11am??)...

Better go back to work lah..

Tuesday, June 1, 2010

Health / Work

Supposed to write about this last week..but due to some 'problems', so baru hari ni dapat menulis.
Yes, for the whole last week, my hubby and i sakit mata..our eyes jadi merah, bengkak and to become worst, jadi berair..mata hubby je yang berair..mine is just ok with the redness and bengkak..

Adoi la..memang macam-macam ada rasa.. sakit. senak. gatal. dan sewaktu dengannya..

Alhamdulillah, dah semakin pulih..tapi effectnya, ada lagi rasa berpasir dalam mata and our eyes vision jadi macam kelabu gitu..Semala, hubby mengadu yang dia banyak nak kena buat repot kat ofis after one week tinggal keja..tapi mata tak nampak sangat komputer tu..kelabu aje..me too..got some reports nak kena buat. pun tengok komputer macam tak terang sangat..berbalam-balam je pandangan..

Apa pun, Alhamdulillah sebab rasa sakit and senak tu dah tak ada..

Nasib baik sepanjang MC, kes-kes dapat dikendalikan oleh PO..thanks PO..


    My Adam

Nasib baik Adam ok..cuma he got cough and selsema..So, last friday we bought him to Hospital Pakar in JB. Have some nebulizers, suctions and bla..bla..bla..Kesian Adam, nangis juga time kena buat suction untuk sedut kahak tu..
Tapi my good boy nangis kejap je..mmuah. Ibu loves you..


Celebrations

On 24th May is our Wed Annivessary..since dah sakit mata, so no such celebration lah..haha..but we have the effort to go to the bakery shop and bought some slices of cakes..jadi lah..haha..(kalau tak, bleh pegi Secret Recipe ke..(",)..)

Happy Annivessary Hubby..(belated). Always loves you..




Friday, May 21, 2010

Weekend tiba lagi..

Alhamdulillah..
Weekend tiba lagi..
Mahu bawa Adam jalan-jalan..pegi waterfall maybe..hehe..

Tak pun, golek-golek dengan Adam dirumah saja..haha..
Tengok DVD ke..
Wah, bestnya..

Happy Weekend, people!

Monday, May 17, 2010


Adohai...bosannya buat submission nih..
Fikiran asyik ingat Adam aje..ape la Adam tengah buat sekarang nih..
Sabtu Ahad je dengan Adam..mana cukup???
Kalo cuti weekend kasi tiga hari bleh? Jumaat, Sabtu, Ahad..kah kah kah..



Baju bola yang masih besar lagi..dalam dua bulan lagi buleh pakai kot..


So happy, eh?

Update

Berada di tempat baru lebih kurang dalam satu bulan lebih..ada banyak perkara yang perlu di update..ngee (",). But, due to some work to do, sibuk itu, sibuk ini, campur malas sikit..memang la tak update blog..lagi pun dah ada FB..haha..so, melilau-lilau dalam FB lah jawabnya.. 

Secara ringkasnya:

Work

Saya masih lagi mood merindui tempat keja lama..bukan tempat keja baru tak best..ada pro and contra masing-masing lah..walau apa pun, kena cakap yang "i like this new place !"..sebab apa? sebagai motivasi untuk suka pegi keja pagi-pagi..haha..

the people around pun ada yang macam-macam perangai..biasalah..get to use about it lah kan..

the court? huhu..no comment..tak nak cakap lebih-lebih di sini..

Home

Home sweet home bertambah ceria dengan kehadiran si montel Adam..before this, kami hanya berdua selama dua minggu..kemudian baru disusuli dengan Adam..(Adam stay dengan atuk and nenek dia for 8 months..)
mesti atuk dengan nenek sedih kan..takpe, nanti Adam balik sana okeh..(",)..

Adam

Adam dah bleh crawling..dah pegang-pegang untuk berdiri..kalau jumpa apa aje, ambik bawak masuk dalam mulut..sebab tu asyik kena vakum aje rumah tu..sekarang dia dah tido awal dalam kul 10..kalau dengan nenek dia dulu, dia tido kul 12..bila dia dapat adjust waktu tido dia ni, fuh..lega betul! haha..

Banyak perkara lain nak update tapi atas meja sekarang ini pun banyak juga keja yang nak kena buat..haha..

Sambung nanti lah..(",)


Tuesday, March 23, 2010

HIJRAH

Saya akan berhijrah. Ke suatu bandar yang lain.
Dalam tiga empat hari lagi. Minggu ini minggu terakhir saya di bandar ini.

Perasaan berbaur.
Sedih kerana saya sayangkan tempat ini, kerja ini, orang-orangnya di sini, kawan-kawan di sini..
Tetapi gembira kerana saya akan tinggal sebumbung dengan suami.

Tak apalah, semua orang berhak mendapat persekitaran baru, kawan baru, corak kerja baru..dan mungkin juga rezeki baru. Insya Allah. Siapa tahu?

Checklist saya sempena penghijrahan ini:

PEJABAT/PENTADBIRAN

1. Nota Serah Tugas - (checked)
2. Kemas pejabat (masukkan kertas/buku ke dalam kotak) - (checked)
3. Maklumkan pertukaran kepada sesiapa yang berkenaan - (checked)

RUMAH LAMA

1. Kemas barang masuk dalam kotak - (separuh dah siap, tinggal barang-
    barang besar je)
2. Selesaikan bil-bil api/air tertunggak - (checked)
3. Maklumkan kepada jiran-jiran terdekat - (on the way)

RUMAH BARU

Tengok rumah/ basuh rumah/ bayar deposit - (suami akan uruskan)

LORI SEWA

Akan bayar deposit pada 26hb. Akan angkat barang ke dalam lori pada 28hb.


Ada lagi hal-hal kecil lain yang belum selesai. Akan diselesaikan secepat mungkin...

Tuesday, March 9, 2010

Untuk sahabat baik saya yang telah memilih seorang lelaki sebagai bakal suaminya..yang bakal menempuh alam pertunangan dan seterusnya alam perkahwinan..

Salah satu soalannya yang diajukan kepada saya. Inilah jawapannya..

“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai..”

**Juga peringatan untuk saya dalam melayari alam berumahtangga kami.. (",)

Thursday, February 25, 2010

Adam Shauqi dah nak masuk 6 bulan minggu depan..

muka tambah bulat dan tembam..

CNY hari tu, kami balik tragnu..saya suka pegi tepi pantai, makan keropok..Adam tengok sambil mulut nganga-nganga nak makan..

Adam baik sangat dalam kereta..kadang-kadang time dia boring pun ada juga..

kalau kita makan, tapi dia tak makan, adam akan jadi marah...haha



Monday, February 8, 2010

Kepada tuan punya blog..

Cuti hujung minggu sudah tamat. (i have a very nice weekend last two days..)
Sila kembali ke meja kerja anda dan siapkan hujahan-hujahan untuk minggu ini. (apakah..?)
Oh ya, yang penting, ada satu hujahan lisan pada jumaat ini. (oh, my...)
Dan banyak lagi lah kerja anda yang sedang menunggu sebelum anda bercuti minggu depan (wohoo cuti...)

*****

Huh, macam mana nak start tulis hujahan ni? Idea saya MC hari ni..hahaha...

Friday, January 22, 2010

My Little Things..

Antara barang-barang yang disayangi..



untuk dikepit nota-nota penting..



pencil box 'POOH' yang banyak berjasa selama ini..



wedding photo.. ngee..frame tu dihadiahkan oleh Kak Ina, my bestfriend masa kelas Master dulu..



pasu dibeli di kedai dua ringgit..bunga tu pun..kah kah



ini jam dinding dihadiahkan oleh one of my auntie masa my wedding..



Album 'POOH' memuatkan gambar-gambar my beloved Adam..



buku ni baru dibeli last month tapi belum sempat habis baca lagi..baru chapter one..



Key Chain yang ceria..dibeli di Memory Lane..



My Personal Diary untuk tahun ini..



Oh, ini medal main bola jaring kat Terengganu last year..



Ini pula kalendar 2010 ceria keluaran pasaraya 'COWBOY'..haha..



koleksi beg..ada lagi tapi tak muat dah nak gantung situ..



ini my t-shirt terbaru..hoho..

Monday, January 11, 2010

Monday Blues

Saya rindu betul dengan budak comel di bawah ni...




dan rindu juga kat ayah dia...



huhu..tak sabar nak tunggu Jumaat tiba..

Wednesday, January 6, 2010

Happy New Year

Selamat Tahun Baru 2010..Moga-moga all the good things will come to us in this new year..Moga panjang umur dan murah rezeki jua..

Bercuti sehingga 4hb..just to have more and more time with my son..

Tak ada ke mana-mana sangat masa cuti since Adam masih kecik lagi..so, just pusing-pusing di kawasan sekitarnya aje..eheh...



Dalam keta nak gi rumah Tok Su..



Aik..? Dah tido pulak...



Cup cakes untuk bday Mama & Shazani..

Pagi Sabtu, breakfast kat sini..



Pagi yang menyegarkan..siap ada kolam ikan kat belakang tu..



Milk tea, coffee and butter kaya bread..



Sukanya dia nak gi jalan..



Ntah ape yang kelakar sangat nih..



Tak habis-habis lagi gelak...



Ahad petang tu, pegi sini..lelaki kat atas ni dah macam gaya Manager Noodle Station pulak..kah..kah



Teh Tarik Ais..




Hot Vanilla Mik..



Untuk saya..tak ingat dah ape namanya..lebih kurang macam mee hailam rasa dia..



Ini untuk suami..pun tak ingat dah ape namanya..panjang sangat nama mee nih..


Itu aje la gambar-gambar di cuti new year.. (",)


Wednesday, December 23, 2009

Story Adam Shauqi

Adam Shauqi dah besar..dah 3 bulan lebih..kejap je masa berlalu..dulu ada rambut..sekarang dah takde..hik..hik..dah kena cukur masa aqiqah dia time raya haji hari tu..


"masa zaman saya hensem ada rambut.." kah..kah



pegi klinik dengan nenek untuk kena cucuk umur dua bulan..gamba ni sebelum kena cucuk..pastu, muka monyok aje..



"sape la yang pakaikan topi komunis ni kat saya..."


"hei, nape ambik gambar saya tak pakai baju ni..?"



"ape yang nenek cakap ni..?"



"hari tu, kat kampung..ramai orang potong rambut saya..saya buat tak tau je..saya siap tido lagi.."



"tapi...tak tau pulak rambut saya akan jadi macam ni..!" huhu....



"tapi saya tetap comel kan..?"



"macho tak saya?"



"aik, pokok ape ni..?"



"mmmm...." (saya suka buat bunyi mcm ni..)



"ini tok ayah saya..saya punya moyang la. Tok ayah nak dukung saya, tapi saya buat tak tau je.." hihi...



"sedap la susu ni..ayah ke yang buat?"



"camana nak ambik elephant tuh.."



bulatnya mata..macam marah je..